Sunday, February 21, 2010

JAHIL ?




Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum wbt kepada semua askar2 islam yang masih tsabit menyambung rantai2 perjuangan penghulu junjungan kita Muhammad SAW


Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat..

Semoga semuanya sihat dan tenang sentiasa insyaAllah...


Hari ini, malam ini, kepingin hati ini untuk berkongsi sesuatu dengan kalian..mungkin juga sebagai peringatan bersama bagi yang sudah maklum ^_^


hmmm..


Kalaulah diajukan persoalan, APAKAH JAHILIYYAH pada pandangan dan pengetahuan anda....apakah agaknya ye yang timbul pada pemikiran anda??


Mungkinkah,


A) Bodoh dan tidak tahu ?

B) Tidak mempunyai ilmu pengetahuan ?

C) Arab sebelum diutusnya pemuda bernama Muhammad ?

D) Saya pon tak tahu.blur2~

E) Apa awak nak?haa itulah jawapan saya(skema yang selalu keluar masa saya muda2 dulu) =.=!


setuju tak kalau saya kata kesemua itu adalah antara jawapan yang timbul di benak fikiran kalian? tak pon, perkara-perkara yang telah kalian pelajari, percaya dan yakini suatu masa dahulu...?atau mungkin sehingga ke saat dan detik ini?


Sedar tak sedar, sebenarnya umat islam, tel

ah banyak ditipu bulat-bulat dalam banyak perkara.


Betapa banyak usaha dan kejayaan Orientalis memusing fakta dan kebenaran. Dan kita umat islam yang tidak mengkaji...hanya menerima dengan rela.


Sahih sungguh kata Moshe Dayan, bekas menteri pertahanan Israel bahawa kelemahan umat islam adalah


1) Tidak mengkaji sejarah

2) Tidak mempunyai perancangan yang strategik

3) Tidak membaca


Mungkin ada segelintir di antara umat islam yang tidak tergolong seperti di atas. Tetapi secara majoritinya, tidak boleh dan tidak mampu kita nak berkata tidak.


Betapa orang Barat sangat rajin membaca dan mengkaji, kita boleh lihat dan temui mereka hampir di setiap tempat kajian sejarah di seluruh dunia.


Jordan sendiri membayar kepada rakyat berkulit putih dari sana bagi mengkaji tempat2 sejarah para anbiya' di sini. Sebut saja, Wadi Raum? Petra? Aqabah? Mu'tah? Aghwar? Yang kesemuanya adalah jejak-jejak para da'ei...


Semuanya pengkaji Barat yang menyelongka

rnya. Siapakah mereka? Siapakah kita ?


Sehinggakan ada satu kisah di mana s'orang muslim yang berkunjung ke pusat kajian sejarah Wadi Raum bagi mendapatkan maklumat rajih dari sumber yang dipercayai ditanya oleh si pengkaji,


"KENAPA KAMU TAK CARI SENDIRI SEJARAH KAMU INI?SEMUANYA ADA DALAM QUR'AN..."


terdiam si muslim itu..


Ok berbalik kepada niat asal,


sejak di bangku sekolah lagi kita sedia maklum dan diajar bahawa Jahiliyah itu merujuk kepada Arab Badwi yang berada di semenanjung Arab(S.Arab) sebelum diutusnya Muhammad pembawa risalah kebenaran.

Mereka Arab yang kolot. Arab yang melakukan pelbagai kekejaman. Membunuh anak, minum arak, menyembah berhala...kemudian kita pun percaya..ya itu memang tidak dinafikan..


Tapi apakah kita sedar bahawa, jika nak dibandingkan Arab Badwi di S.Arab yang ketika itu tiada ilmu dan pegangan, teru

k lagi si Parsi...dahsyat lagi mat Romawi...rosak lagi encik India dan Greek Tua..!! Memiliki falsafah..agama..kemudahan..budaya..namun...


Sistem Kasta di India. Membezakan taraf manusia...yang bertaraf rendah dianggap binatang...wanita kematian suami pula dibakar hidup-hidup bersama mayat suami...kejam atau tidak?



Lihat saja si Parsi yang berada Utara dari S.Arab ?


Kesemua pemerintah dan pembesar mereka menganut agama Majusi(Zuradisy), yang mana antara ajarannya adalah menggalakkan kaum LELAKI mengahwini IBU mereka sendiri, atau ANAK2 PEREMPUAN mereka, a

tau ADIK-BERADIK PEREMPUAN mereka sendiri...? sungguh jijik!


Bukti betapa jijiknya mereka ini, Emperor Yazdarjid II(pemerintah dalam abad ke-5) memperisterikan anak perempuan nya sendiri.


Tidak cukup dengan itu, anta

ra ajaran agama Mazdak ketika itu juga, PEMILIKAN KAUM WANITA TIADA HADNYA! Mereka bebas bertukar ganti wanita umpama rumput, air, dan api yang dimiliki ramai...tiada sensitiviti langsung sekiranya perempuan itu adalah anaknya, atau ibunya, atau isterinya...



Mat Romawi pula? apa ceritanya?

Yang dikatakan bertamadun...seni bina dan ukirannya diagung-agungkan sehingga kini...rupa-rupanya lagi hancur...


Kehidupan dan pemerintahan hanya berlandaskan nafsu syahwat semata.

Sehinggakan manusia yang paling 'busuk' dan 'kotor' ketika itulah yang di angkat menjadi dewa mereka..


Siapa mereka?


BACUS ? -pemabuk no 1 di rom-

ZENIT ? -pelacur-

APRODITE ? -mendakwa dirinya tel

ah berzina dengan 3 orang dewa sehingga melahirkan anak bernama Kyobid -


Apakah?? manusia sebegini

yang di angkat menjadi tuhan??


Betapa tak bijaknya mereka ni.Betapa busuknya mereka ini. Kononnya tamadun Rom dan Parsi adalah tamadun yang maju pada ketika itu. Benarkah? Itukah tamadun yang disanjung-sanjung?

Betullah kalau kita lihat segala ukiran dan lukisan aktivis atau pelukis dari sana, kesemuanya berusnsurkan seks semata..itukah yang dikatakan moden?maju? Apakah nilai maju pada pandangan umat sekarang...itukah?

Ini baru sekelumit daripada jahiliyah yang mereka lakukan.Belum lagi ditambah dengan penyeksan dan pembunuhan ke atas orang Nasrani semasa pemerintahan Hidriyan dan raja2 Romawi..belum lagi diceritakan masalah arak dan perempuan di kalangan raja dan pembesar..Maha Dahsyat!


Tapi mengapa tidak saja mereka(pengkaji sejarah yang sememangnya tahu tentang ini) mewujudkan sebutan PARSI JAHILIYAH? ROM JAHILIYAH? INDIA JAHILIAH? KENAPA?? kenapa mesti yang wujud hanyalah ARAB JAHILIYAH??


Sudah tentu tidak lain tidak, hanya ingin menutup dan mengaburi mata dunia..

ingin merendahkan islam...melemahkan semangat dan keyakinan umat islam yang tidak tahu..yang berfikir tanpa ilmu..na'uzubillah min

zalik ya Allah..


sebagai umat islam, mari kita selak definisi jahiliyah dari Al-Qur'an..jom!





Al-Qur'an kan panduan kita..banyak tempat-tempat di dalam Al-Qur'an yang Allah sebut mengenai jahiliyah. Mengapa 'mereka' saja yang mengkaji? yang beramal dengan akhlak nya namun tidak mengimani nya? kita pula bagaimana? sekadar membaca tanpa memahami? kenapa? sibuk? sebab bukan pelajar bidang agama?? ohh tidakkk...itu hanya alasan mereka yang berfikiran sempit dan suka mencari alasan..belum cuba belum tahu masyiii...



Jahiliyah

segala perbuatan atau keadaan masyarakat pada umumnya yang bodoh terhadap nilai2 islam



buktinya?

mari kita selak surah al-baqarah..



" ..Mereka berkata, apakah engkau mengejek kami hai Musa? Musa menjawab aku berlindung dari orang yang bodoh "

[2:67]


Allah kata apa? Yang 'jahiliin' itu, adalah mereka yang memandang remeh terhadap perintah Allah..pernahkah kita...? walau sedetik.. mungkinkah kita...? walau sekecil..

nastaghfirullah...



apa pula kata Nya tentang jahiliyah dalam surah Ali 'Imran?


" ..sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar tentang Allah seperti sangkaan jahiliyah.. "

[3:154]


bersangka buruk? ya. sangkaan yang tidak benar tentang Allah. Mereka menyangka Allah tidak menolong mereka semasa perang Uhud dan timbullah anggapan sesetengah dari mereka bahawa islam telah berakhir...sedangkan setiap yang berlaku walau seburuk mana pada pandangan kita, pasti ada hikmah di sebaliknya..pengajaran dan teguran Allah istimewa caranya..



Lagi jahiliyah dari pandangan Al-Quran..


"Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang2 yang yakin?"

[5:50]


Hukum selain hukum Allah yang syumul itu juga adalah jahiliyah..

benarlah kalam-Nya ini. Lihat saja dunia hari ini yang berpandukan undang-undang manusia semata..kezaliman, penindasan dan pembunuhan..berada di mana-mana. Zina, rogol, bunuh anak, rasuah dan pecah amanah, meningkat dari hari ke hari...



Selain itu,


" Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu..."

[33:48]


Melalui ayat ini, Allah melarang isteri-isteri Muhammad SAW melakukan tabarruj yakni berhias berlebih-lebihan. Kerana apa? kerana itu juga merupakan sikap jahiliyah...



Mudah kata,

segala perbuatan atau keadaan yang bertentang dari perintah Allah..itu semua jahiliyah..luas bukan maksudnya..bukanlah dituju hanya kepada orang Arab. Bukan juga hanya tertumpu pada kawasan Semenanjung Arab ...TIDAK SAMA SEKALI!



" Jahiliyah itu, boleh jadi INDIVIDU JAHILIYAH, MASYARAKAT JAHILIYAH, juga NEGARA JAHILIYAH sekiranya melakukan perkara-perkara bertentangan dengan Al-Qur'an "

[As - Syahid Sayyid Qutb]



ok lah, sebelum mengundur diri..

jom kita perbetulkan konsep jahiliyah yang sebenarnya...

mari ramai-ramai ajak kawan-kawan yang lain...

selagi tidak betul konsepnya, sukarlah usaha pengislahan muslim...

sebab kita sendiri tak faham makna jahiliyah..

mungkinkah kita di kelilingi oleh jahiliyah? atau apakah kita sendiri melakukan jahiliyah itu...?atau apakah kita secara tidak sedar memperjuangkan jahiliyah itu??


Allah wa Rasul 'Alam...


Kauthar Ruslan

Solun Bayt Khadijah Khuwailid

Tobiq Ardi

'Imarah Iman, Irbid

Jordan

3.30am

Thursday, February 11, 2010

LAST BREATH by AHMED BUKHATIR


stop and judge yourself before you are judged




Last Breath


From those around I hear a cry,

A muffled sob, a Hopeless sigh,

I hear their footsteps leaving slow,

And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,

Within my soul, from Head to Toe,

And then, Last Breath escapes my lips,

It's Time to leave. And I must Go!

So, it is True (But it's too Late)

They said: Each soul has its Given Date,

When it must leave its body's core,

And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,

Who knows? Tomorrow could be your Day,

At last, it comes to Heaven or Hell

Decide which now, Do NOT delay!

Come on my brothers let us pray

Decide which now, Do NOT delay!

Oh God! Oh God! I cannot see!

My eyes are Blind! Am I still Me

Or has my soul been led astray,

And forced to pay a Priceless Fee

At last to Dust we all return,

Some shall rejoice, while others burn,

If only I knew that before

The line grew short, and came my Turn!

And now, as beneath the sod

They lay me (with my record flawed),

They cry, not knowing I cry worse,

For, they go home, I face my God!

Oh mark the words that I do say,

Who knows, Tomorrow could be your Day,

At last, it comes to Heaven or Hell

Decide which now, Do NOT delay !

Come on my brothers let's pray

Decide which now, do not delay ....


Ahmed Bukhatir


http://www.youtube.com/watch?v=jPOhcgAQ9ws&feature=related