Friday, December 30, 2011

Tinggi2


Bismillah



"Ajarilah jiwamu utk terbang tinggi, niscaya ia tidak akan suka dengan kerendahan..

Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, niscaya ia akan membenci kehinaan..

Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar, niscaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil..
"

~muhammad ahmad ar rasyid~


P/S: syukran ya bobaty :')

Sunday, December 25, 2011

thanks mumu

Bismillah...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w :)




Bicara buat ukhti,

" bila engkau memandang semuanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan pasti ramai yang tertarik dengannya, tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya umpama kemanisan tidak terhingga. andai rebah bangkit semula. andai terluka ingat janji-Nya." -mumu-

BITTAWFIQ WAN NAJAH IMTIHAN ^_^
[2:151]


p/s: jazakillah mumus semuaaa (",)
sama2 mumtaz wa imtiyaz ye! iAllah.. jaga hubungan dengan Dia, perkuatkan TZ masing2. ingat, Dia lah sebaik2 penjaga, sebaik2 pemilik. maka rapatilah Dia, minta lah daripada-Nya...tenanglah kalian di mana2 :)


Tuesday, December 20, 2011

yang dikasihi

Bismillah..

Assalamualaikum lel jamee33, hayya ma3 ba3d sollu 3alan nabiyy :)

iAllah pagi ni sebelum ke sekolah kita sama2 hayati satu kata2 ni nak tak? semoga di baca dengan tenang dan menusuk sampai ke hati(so mestilah kena buka hati luas2 kan? ;))



Imam Ibnu Al-Qayyim pernah ditanya oleh seseorang "bagaimana caranya untuk membuatkan diriku dicintai oleh seseorang?". Lalu Ibnu Qayyim menjawab, "cintailah Allah nescaya akan dihadiahkan seseorang yang juga mencintanya untuk dirimu".full stop.

zuss. haruslah tersentap liver ana tatkala membaca quote tersebut kan. ye mengaku minggu lepas2 dalam fatrah exam(bc: tak baik lah suka beralasan!), kefuturan menjengah. anyway alhamdulillah Allah bagi rasa pengalaman/perasaan itu supaya aku menjadi lebih bersyukur. lebih matang dan kenal diri sendiri(bc: dah buat ujian personality test? kalau belum sila cari buku tersebut dan buat ujian or minta mak2 antunna buatkan. suggested! :))
dan dah sedar, tanda2 aku tengah futur adalah, aku sukar sangat nak senyum dan suka marah2. sepert PMS gitu(bc: alasan lagi! PMS ke tak PMS ke, Allah dah kata orang2 Mu'min itu adalah yang mampu mengawal marahnya dan memaafkan orang lain pula![3:134])

dan alhamdulillah banyak sangat Allah datangkan bantuan keselamatan kepadaku. sukar diungkap dalam bahasa penulisan. semoga syukur hati semakin menjadi2 dan mekar berseri2 dari saat ke saat. usahakan, iAllah.. :)


P/S:
hati adalah bahagian utama perlu di jaga dipelihara dan diperhatikan kesuburannya. ia umpama akar. akar yang kering dan sakit atau mungkit berkulat mana mungkin melahirkan batang2 yang gemok dan sihat. mana mungkin dapat menyalurkan air dan nutrien dengan lancar ke seluruh dahan dan daun, makanya tiadalah bunga2 cantik+harum dan buah-buahan manis lagi enak yang akan terhasil. yang ada hanyalah apa? hanyalah dahan2+daun2 yang kekuningan dan membusuk. dan luruh menyembah bumi. mengotorkan sekeliling dan menyusahkan orang yang lalu lalang(ye. seperti yang berlaku di sekeliling rumah saya sekarang -.-'. maklumlah rumah tobiq ardhi kan? ;))itu lah perumpaan hati kita. hati yang sakit yang kering atau yang lesu, mana mungkin melahirkan melahirkan jasad yang bersemangat berlandaskan iman. mana mungkin melahirkan keinginan kepada perkara2 kebaikan. ye tak?( ke antunna semua ni baik saja? tak pernah mengalami hati yg gersang dan bosan? aka futur gitu. oh, sila lah bersyukur)

ada seorang ukhti pernah berkongsi,

"dikisahkan dari sayyidah safiyah (ibu zubair awwam): seorang wanita datang bertemu Aisyah r.a lalu dia mengadu tentang hatinya yg keras dan kusut lalu Aisyah r.a menjawab perbanyakkan mengingati mati nnt akan lembut dan tenang hati kamu kemudian wanita tersebut mengamalkan apa yg disuruh dan kembali menemui Aisyah r.a dan mengucapkan terima kasih kerana hati dia sudah tenang" =)

menarik kan? cantik kan islam ni sebenarnya. tapi ramai yang malas nak mencari dan mengupas segala kecantikan, ubat-ubatan dan kemanisan yang terkandung dalam islam. yang Muslim tahu hanyalah mencari jalan mudah menyelesaikan masalah atau pun cara mudah mengisi masa lapang. maka dengan mudahnya juga lah semua itu akan larut dan meluput. yang kekal hanyalah segala yang datang dari Yang Maha Kekal, tak gitu?(haa siapa yang ajar saya cakap camni sila angkat tangan).



ambillah masa setiap hari membaca qur'an dengan hati, bayangkan dan fahamkan setiap ayat yang diselusuri. letak diri kita pada posisi ayat tersebut, seolah2 Allah tujukan khas buat kita. itu bezanya tadabbur dengan tafsir. dimana penafsiran memerlukan limpahan ilmu, kefahaman dan penguasaan bahasa arab yang sangat mantap. tapi tadabbur bisa saja dilakukan oleh setiap batang tubuh[47:24]. sekiranya tidak, zalimlah Allah kan. semua manusia berbeza IQ berbeza tahap pemikiran dan kemampuan belajar, menerima dan memahami.

dan tadabbur Allah kata apa? Allah kaitkan denga hati kan? sebab semua manusia punya hati yang sama(yang kita sendiri tidak tahu exactly kedudukannya. ada yang kata jantung-heart- dan sebagainya). tapi yang pasti, ia adalah seketul darah yang membentuk neraca kita[hadith 6]. baik ia, naiklah segalanya, buruk ia maka buruklah segalanya. dengan hati, seorang yang tidak tahu menulis/membaca pun mampu menangis, mampu tersentuh dan terasa. dengan hati, orang yang tidak belajar perubatan pun mampu merasa kesian terhadap orang sakit. seolah2 dia tahu segala mechanism yang sedang berlaku batang tubuh si pesaklit atau seolah2 dia rasa apa yang si pesakit sedang hadapi. tak gitu? kita punya hati yang sama. yang mana apabila terasa sedih menyebabkan kita menangis, apabila takut menyebabkan kita doa banyak2 dan alert. dan sebagainya..(ke ada yang apabila takut dia ketawa kuat? risau ana~). kita punya fungsi hati yang sama, cuma tahap sensitif yang berbeza. that's why kita kena sangat menjaga hati. dengan sebaik2 penjagaan dan rawatan.

ok kembali kepada soal tadabbur qur'an, percayalah tanpa antunna masuk ke pusat2 menghafal qur'an pun, iAllah al-qur'an tetap terbayang2 dalam minda antunna. tanpa antunna menghafal di kelas2 khas pun, kalamullah tetap melekat dalam hati antunna(still it needs hardwork right?kata islam itu hebat dan hanya boleh dipikul oleh orang2 yang hebat saja kan? so why not we grab the chance that Allah has given us. why not??? [57:16] kerna dengan mendidik hati, dengan rasa seronok dan 'izzah(bangga/agung) dengan al-qur'an lah yang dapat mendorong kita untuk terus baca dan tadabbur dan amal seterusnya menghafalnya dalam diri. itukan lebih baik daripada menghafal kerana 'nak hafal', tapi tak faham/tak rasa 'izzah dengan ayat2 Dia aka tak meresap dalam hati pun. yang ada hanya lah tensi sebab tak lancar/berbelit di lidah ye tak(in some circumstances). dari satu tahap ke tahap seterusnya.

Wallahu'alam. banyak pula. konon nak share quote teratas tu saja. inilah tandanya kita merancang namun Allah lah sebaik2 perancang. minta maaf segala salaahhh dan silaappp dalam sedar mahupun tidak. andai ada kekurangan, tegurlah. semoga kita sama2 memperbaiki. peace (",)


P/SS:
ops baru perasan panjang pula pesanan pertama tadi. ini yang kedua, doakan kami pelajar2 di jordan yang sedang dan bakal menempuh fatrah final exam next week. semoga tidak mengulang kesalahan2 lalu, dan peroleh mumtaz wa imtiyaz iAllah! berusaha semua berusaha!



"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...ila akhir ayah"
[13:11]

"
Dan carilah(pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia...ila akhir ayah"
[28:77]

Wednesday, December 7, 2011

be prepared

Bismillah




Be in this world as if you were a stranger or a traveler. If you survive until the evening, do not expect to be alive in the morning, and if you survive until the morning, do not expect to be alive in the evening. Take from your health for your sickness, and take from your life for your death

(Bukhari)


Wednesday, November 30, 2011

izin

Bismillah..
sollu 3alan nabiy.


"ya Allah, Kau izinkan lah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mencintai-Mu, merindui-Mu melebihi ingatanku, cintaku dan rinduku terhadap makhluk-Mu ya Allah"

inshaAllah...amin2 ya rabbal 'alamin


benar2 mengharapkan hati yg sentiasa khusyu' mencintai Dia, merindui dan mengingati hanya pada Dia...yang sentiasa eager untuk melakukan amal soleh hanya kerana Dia. huhh tidak semudah lidah yang melafazkan. bermula dari latihan dalaman hinggalah luaran. semoga selincah segagah mana pun kita di medan amal di luar sana, tetap seiring dengan peningkatan kekuatan hubungan/taqarrub kita dengan Yang Maha Mencipta :)



"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan"
[al-anbiya', 21:35]




teringin nak kongsi ini,
mode GIS.


Monday, November 28, 2011

Saturday, November 19, 2011

sgt canteq

Bismillah..

bumi Allah yg sangat luas utk ditadabbur, dilihat dgn kacamata iman. sangat.
(al-hamra, jun 2010)

"Kesabaran yang elok itu adalah kesabaran yang tenteram yang tidak disertai perasaan-perasaan marah dan gelizah dan tidak pula disertai rasa ragu-ragu terhadap kebenaran janji-janji Allah. Kesabaran yang yakin terhadap akibat-akibat, kesabaran orang yang rela dengan takdir Allah, kesabaran orang yang menyedari hikmat di sebalik ujian Allah & kesabaran orang yang sentiasa berhubung dengan Allah dan mencari pahala di sisi-Nya dari apa sahaja kesusahan yang menimpa dirinya"

(Syed Qutub)



p/s :

- ZUS! fuhh~ sedang belajar dan melatih diri utk coolll(sila tunjuk ajar dan bersabar dgn saya ye! syukran :))
- sangat cantik kan kalau kita baca qur'an dgn hati, sgt basah dan zuq! tidaklah terasa penat, bahkan semakin teringat2! alhamdulillah
- jalan ini sangat panjang, lambat dan penuh dgn liku. ingatlah hanya pergantungan kita kpd Dia yg Maha Kekal sahaja bisa menguatkn kita. pasti! tetaplah kuat dan bersabar bersama org2 yg berusaha dan sentiasa dekat dgn Dia..smga Allah redha iAllah


"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran"
[18:28]


- ada sesiapa nak tambah or nak share rasa hati? ahlen :)

Friday, November 4, 2011

aasifah wa jazakillah


Bismillah
sollu 3alannabiyy :)


Qul, Alhamdulillah...

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
[At-Taubah 9:110]


tidak mudah tidak senang segala apa yang kita lakukan,
tidak juga sedikit masa dan tenaga yang diberikan,
(oh saya lah tu yg paling sedikit berkorban, minta maaf atas kekurangan yg sangat banyakk ini) @_@


namun, bersyukurlah kerna Allah sudi memilih kita...sudi memilih kita utk merasa sibuk dengan 'perkara2' ini, utk sibuk dgn sesuatu yg pasti, sibuk dgn kegembiraan yg asli! tidak semua org bisa menikmatinya dan tidak semua juga yg mampu menghadapinya! *smile


percaya lah dengan janji2 Dia, maka tajdid niat sentiasa itu perlu! penat memang penat---> esp utk bdk yg lemah stamina ni kan? zuss!
tapi perkara itu boleh diatasi, dengan masa yg berkualiti, redhaNya pasti dapat mengatasi! hehe


ok, last but not least, terima kasih tak terhingga buat semua yg berada di sekeliling*shy2 cat ahh nak ucap dpn2 ;)
hanya Allah yg dapat menganugerahkn hudu' dan jannah buat kalian.
minta maaf sangat2222 atas segala khilaf.
luv u! ^^


p/s : semakin dekat garisan penamat, sepatutnya semakin laju pecutan! -Dr Fadhilah-

Saturday, October 29, 2011

kanan atau kiri, tiada tengah2


Bismillah
selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w, para sahabat dan org2 yg terdahulu...


Assalamualaikum w.b.t semua,



*malam2 yg sunyi ni, mmbuat diri semakin rinduu, rinduuu sgt kat mereka...rindu kat mereka yg sangat jauhhh berbatu2 di sana. rindu nak melihat mereka, nak bermu3ayashah, nak bkongsi rasa hati, nak saling menguatkan..sama2 bsabar...dan again sama2 menguatkan. membesar membesar dan terusss membesar bersama, merasa nikmatnya perubahan ini! (",)

*sungguh tarbiyah madal hayah(longlife training) adalah yg terbaikkkk, fresh from Allah.. untuk duduki UPSR saja 6 tahun pengajian diperlukan, SPM yg beberapa hari tu pula 2 tahun persediaan mesti dilalui. so, persiapan utk sesuatu yg infinity nanti apatah lagi kan? ;)

*dan dalam langkah2 kita membuat persediaan utk kehidupan yg infinity itu, tidak boleh tidak, pasti akan sentiasa berhadapan dgn ujian. pasti..mana mungkin seekor monyet akan bergayut dgn sangat9x kuat melainkan hadirnya angin lintang yang sangat laju bukan? begitu jg kita. mana mungkin kita semakin kuat+matang, melainkan setelah melalui kesusahan dan liku2 kehidupan ini. manis bukan? :) [29:2]

* so jangan sesekali pernah putus asa dari pertolongan dan kasih sayang Allah, jangan futur, jangan malas2, jangan tangguh2, jangan ulang kesalahan lalu...
jangannnn, jangan! kerna itu.. akan men'DOWN'kn lg kamu. jangan ye kusa ---> ok talking to myself at the first place. zusss!


'mukmin itu tidak boleh dua kali jatuh ke dalam lubang yang sama'
(shahih Muslim)
* kauthar, sila bc ni dgn hati.


walau apa yang telah, pernah, dan akan dilalui, tetap kuatlah menjadikan kalam Allah itu sebagai sumber inspirasi. sumber motivasi ---> interaksi dengan AQ jangan lupa!

"Katakanlah. Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
[39:53]



* sungguh s'org mu'min itu akan sentiasa terdedah kpd 2 tarikan:

1) magnet iman ---> niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawabnya yg menguatkan dia utk 24/7 sentiasa dalam amal saleh dan azam kebaikan.

2) magnet syaitan ---> yg menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. yang menyebabkan dia lalai, malas, panjang angan2 dan berlengah2 utk blajar apa yg dia jahili.
[Muntalaq]


so,

to be con't....
jom sambung studeh dan zzzZZzzzzzzzzz. salam.


12.53am
al-rantissi.

Saturday, October 22, 2011

complement each other


Bismillah
selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w


:)


tqvm sis!

alhamdulillah.......
banyak perkara telah dilalui
beberapa hari ini,
yg besar, yg kecil, yg cepat, yg lambat, yg mudah mahupun yg susah, semuanya benar2 mengajar ku...


mengajarku utk bersyukur bersyukur, dan teru
s bersyukurrr.
mengajarku utk segera berfikir, bertindak mahupun membuat keputusan dgn matang.
yg penting, membuatkn aku semakin sayang. sayangggg akan semuaaa perkara yg hadir ke dalam hidupku.


jangan pernah putus asa, dgn apa2 mahupun dgn sesiapa saja.
paling penting...


expect the best only from Allah the most merciful the most gracious.

(",)!!~


terima kasih awak.
terima kasih semua...terima kasih utk semua perkara!
*tatau nak ungkap mcm mana dah huhu
"Apabila hidup kita hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita, dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia, dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini"
(Muntalaq)

nih gaya org tak sabar nak dapat anak buah nih! ;)
doakn kakak ana(ecece) kuat+dipermudahkn urusannya iAllah!



Tuesday, October 18, 2011

hari ini


Bismillah
selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w, para sahabat dan org2 yg terdahulu...


alam yg terus menerus berzikir, benar2 menenangkn! ^^


alhamdulillah, diberi lg keizinan utk ak bernafas, bergerak ke sana sini, berfikir dan membuat pilihan..dan lain2 lg. alhamdulillah...

minggu depan bakal memulakan kelas, smga Allah kuatkn semangat, keinginan, kesungguhan, keikhlasan dan ihsan utk berjuang dalam bidang yg ditempatkn ak padanya. kuat kauthar kuat! semangatttt!! lambat sket Allah nak bagi tu okeh sajaa, yg penting dalam mesti positive masyi! iAllah :))

sila kmbali ke pangkal jalan.
alhamdulillah...diizinkan jg utk ak sama2 berjemaah subuh, sama2 mmbaca al-ma'thurat(himpunan zikir2 nabi Muhammad s.a.w) dan sama2 mperdengarkn RS bsama ahlul bait trcinta...smga hari ini lebih baik dr smlm buat kita semua. (",)


***

"kauthar, tlg baca kn RS boleh?"
"tabley, cermin mata hilang"

tutup je majlis dgn tasbih kafarah dan surah al-asr, terus...

"mana cermin mata ana? mana manaaa? siapa nampak cermin mata cantik anaa?" hak2
(tersangkut di besi2 katil rupanya *_*)

"jacket? siapa ambil winter coat putih akuuu? sejuk lah"
"tu sebelah almari tu bukan awak punya ke?"T_T
(ad ukhti dah tolong sangkutkn rupanya huhu)

"qur'an? qur'anii, wein qur'an pink ak?? farahhhh, nak qur'an!"
(lupa plk mak cik cantik ni pinjam mlm smlm uhuk)


***

masa terus blalu..
anak2 pun semua sudah bersiap nak ke sekolah..s'orang demi s'orang keluar berjuang ke medan masing2. tinggallah ak keseorangan dlm al-rantissi.

tup tap tup tap *gaya tekan keyboard
okey jom hpdate berita jom. rasa mcm dah lama sgt tak keluar dr bawah tempurung ni/lama sgt hidup dlm snow globe jek..
then..satu demi satu laman sesawang di lalui. satu demi satu dihadam. satu demi satu disudahi dgn harghh arghhhhhh dahsyatnyaaaa..........

dahsyatnya dunia hari inii. dahsyat sangattt. kenapa dgn manusia niii?

kegelapan, kezaliman, pembunuhan, khianat berleluasa di mana2 sj. dan cahaya pula ke mana?? mana cahaya2 tauhid kpd Allah itu pergi? manaa?? nak simpan sendiri2 je ke?
perlu ke cahaya tu stagnant kat satu tempat saja? kat dalam rumah kita sendiri? kat dalam bilik kita saja? dalam liqo atau mabit saja? dalam tudung and kopiah saja? why why? what happen to the world nowadays??(ye saya sedar perkara ini sudah lama, cuma hari ini saya teringin nak semua org keluar bsama saya. keluar dr jendela ananiah! sila buka mata & hati)

sungguh sedih melihat anak zina merata2, perbuatan zina apatahlagi kan?rasuah, fitnah, jenayah usah dibicara. berhari2 cerita pon takkan habis.
prostitution? bukan saja domestic, international lebih222 lagi. beratur panjanggg manusia2 yg menjadi mangsa kpd manusia. manusia2 yg lemah dan tiada pilihan.(bc: realiti, bkn ilusi tv)
"the poorest country in the world is the country with the most women sexually exploited abroad"-aljazeera-
apa yg berlaku di negara2 jiran kita? baik di Jordan mahupun di Malaysia. muslims keseluruhannya? *speechless

ya, ada hari, berita2 gembira yg kita terima... berita2 yg menaikkan semangat dan kebanggaan kita sbg individu muslim. berita2 yg manis dan enak. tp.. ia hanya sementara, sekejap saja. atau mungkin, tiada kaitan pon dgn kita dr segi fizikal/mental?(bc: sumbangan dr kita).
rationya sangat beza jika dibandingkan dgn kemelaratan muslims pd hari ini. buka saja google search, google map, zoom innnn.. search saja di seluruh dunia, apa realitinya?
umat islam takkan mampu bangun dgn segala pepecahan yg ada(bc: konteks pepecahan yg sebenar). takkan mampu bangun dgn bergabung dgn non-muslim. lihat saja apa yg berlaku di Mesir selepas revolusi? renungkan, muhasabahkan...

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)...ila akhir ayah"
[2:120]


dan saya sangat terpanggil utk kita muhasabah bersama.. apa usaha kita dalam segala janji[6:162&163] yg telah dibuat? dalam segala kata2 dan keyakinan kita bahawa islam akan naik, bahawa umat islam akan berjaya? di mana nya bukti kata2/keyakinan kita itu dalam setiap saat yg berlalu?

adakah dengan senda durau yg berlebih-lebihan2? adakah dengan tangisan sedih/syahdu yg disusuli dgn movies dan drama yg tersusun panjang? adakah dgn semangat yg berkobar2 yg disusuli dengan overeating, oversleeping atau.."ntah la , tak tahu nak buat apa dah"..atau "BOSANNYA!" --- > mana mungkin bosan bg seorang muslim? zusss!(bc: peringatan yg kena dgn batang hidung penulis)

pelik rasanya bila mana ada golongan yang mendalami ilmu islam(bc: secara khusus dan ahli), tetapi meletakkan prioriti tarbiyah dan dakwah itu bukan sebagai keutamaan. meletakkan sepenuhnya hukum fardhu kifayah(bc: asalkan ada golongan yg melakukan DnT) pd dirinya. seolah2 tidak mengapa seandainya orang lain yang siang malamnya mengerah tenaga
menyebarkan islam, sedangkan dia hanya melakukan aktiviti2 harian yg biasa2 saja. yang menentukan waktu rehat seperti biasa, maka jadilah dia orang biasa. sedangkan muslim itu bagaimana? dalam keadaan parahnya ummat, masih mahu bergerak(bc: hidup) seperti biasa ke??



mana mungkin kita yg memakai tudung/baju labuh/kain whatsoever(bc: muslim yg dr luar kelihatan faham), tetapi masih selesa dan seronok dgn islamnya sendiri. masih berbahagia bersama urusan dirinya tanpa ada usaha utk berkongsi/sampaikan pd orang lain. mana mungkinnnnn?? sedang abu bakar selepas islamnya, terus saja menyampaikn syahdah sehingga 10 pemuda bjaya diislamkan melalui tangannya. sedang umar, selepas islamnya saja, mekkah(bc: umat islam di zaman itu) bisa terasa akan kehadiran dan keberadaan beliau. kita pula bagaimanaaa?? sedangkan kita lebih tahu islam dr mereka berdua bukan? sedangkn kita sendiri telah melihat bukti + kesan kejayaan islam itu pd suatu masa dahulu kan....
(kee ada yg tidak tahu?*wondering)

so bagaimana? nak main2, nak tangguh2 lg ke? nak tolak2 ke waktu lain lagi ke usaha islah dan mengislahkan tu? takda masa dah nak gaduh2...

"Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan"
[11:118]


muhasabahlah sahabat sahabiyah sekalian...









Sunday, October 16, 2011

kacamata

bismillah,
selawat dan salam buat baginda dan para sahabat, tabi3een dan tabi3 tabi3eeennn, jg org2 terdahulu yg telah banyak berkorban demi memastikan aku, kami dan kita semua bisa merasa nikmat dan manisnya iman kpd Allah itu...
alhamdulillah...summa alhamdulillah...




spectacle = cermin mata = bantuan pengelihatan

dan sungguh...cermin mata itu yang aku dambakan sentiasa, utk sentiasa bersama ku ke mana jua aku melangkah, agar setiap saat yg berlalu....cermin mata itu bisa memperbetulkan persepsi aku tentang dunia ini, tentang manusia dan segala hidupan yg berada di sekeliling ku..cermin mata yg bisa membimbing aku dalam melihat segala perkara yg hadir ke dalam hidupku...

itu lah cermin mata tarbiyah. dan aku benar2 memaknainya...
dan pasti, ia tidak bisa dibeli di mana kedai2 hebat seluruh dunia, hatta dengan harga paling tinggi sekalipun ia tidak bisa diperolehi...melainkan jika engkau sedia berkorban hidupmu, berkorban masa tenagamu..menginfak seluruh kehidupanmu kpd kpd yg menciptakan mu, dengan sebenar2 infak...
(pernah merasa bagaimana nak menyumbang/bersedekah dalam keadaan diri sendiri serba serbi kesempitan? atau dlm keadaan duit biasiswa belum masuk? atau dlm keadaan setelah kehilangan sejumlah besar harta benda? ---> yaahhhh sounds so materialistic, but it's the truth. bahkan kesusahan/kesempitan yg lebihhh3 lg yg tidak mampu diungkapkn dgn lidah mahupun penulisan..)
bagaimana berat dan sakitnya kita hendak menyumbang dlm keadaan kita sebegitu...itulah yg dinamakan dakwah dan tarbiyah. senang diungkap dan disyarahkan, cuba sekali kau lakukan? ada brand? selagi tak rasa sakit dan susah, selagi itu engkau belum masuk ke dalam DnT itu(bc: hentaman dn muhasabah buat penulis!!)


dan semestinya, kacamata tarbiyah itu hanya akan kau rasai apabila kau sendiri memberi ruang pada diri kau, engkau sendiri membuka hati kau seluassss2nya utk ditarbiyah dan merasai tarbiyah itu...

mana mungkin org yg tak pernah ditarbiyah ingin mentarbiyah org lain?

wallahu'alam


P/S : sayang sangattttt kat antunna semuaaaaa. koranglah!(esp bdk2 kecik nih ha sibuk nyemak tepi saya)

dr kauthar ruslan,
bilik al-rantissi,
ri syurhabil. (",)







Monday, October 3, 2011

to my beautiful and strong ummi ^^

special for u, my dear ummi. :)



Everytime I think of you
You always make me smile
Whenever I feel down
You know how to cheer me up

And everything I feel confused

And I don't know which way to choose
One things for sure
I can always count on you

When I am near

Or when I'm far
Or when I'm completely lost...

In my heart I have no fear

Cos you're my guiding star, oh!

[Chorus]:

Mamma
You know that I love you
No matter what I
Say or do
I can never thank you, oh
Mamma
You know that I love you
You are the proof
Of what love can do
Truly you are Gods miracle

You're my shelter from the rain,
You're the shoulder I cry on
Whenever I feel pain
One touch from you and the pain is gone!

And all I've ever dreamed to be

Is to make you proud of me
Coz never once
Did you turn your back on me

Your healing words,

Your tender touch
The warmth of your embrace...

The beauty of your soul

Shines through your loving face!


[Chorus]


Your name
Was there first word I've ever spoken
You held my hand
Through the first steps I've taken, oh...
When I wasn't well
You watched me through the night
That is why
Paradise is under
Your feet

[Chorus] 3x

P/S : ya Allah, jaga lah pelihara lah ummi ku kuat2. sungguh, aku sangat sayangkn dia. thanks a lot umiii. thank u for everything.... (",)

Friday, August 12, 2011

Totalitas kita hanya daripada Dia, dan kepada Dia..


Bismillah

keheningan subuh di masjidin nur 'eid,
balkoni ri syurhabil (",)



Abu Dzar Al-Gifari, Jundub bin Junadah ra. berkata bahawa nabi saw bersabda bahawa Allah swt berfirman ,

"wahai hamba-Ku, Aku mngharamkan kezaliman atas diri-Ku, dan Aku mnjadikannya diharamkn di antara kamu. Oleh kerana itu, janganlah saling menzalimi.

Wahai hamba Ku, kalian adalah org2 yg sesat kecuali yg Ku beri petunjuk. Kerana itu, minta lah petunjuk kpd-Ku, nescaya Ku beri.


Wahai hamba Ku, kalian adalah org2 yg lapar kecuali yg telah Ku beri makan. Kerana itu, mintalah makan kepada Ku, nescaya Ku beri.


Wahai hamba Ku, kalian adalah orang2 telanjang, kecuali yg telah Ku beri pakaian. Kerana itu, mintalah pakaian kpd-Ku, nescaya Ku beri.


Wahai hambaKu, kalian selalu buat salah di siang dan malam hari, dan Aku mengampuni semua dosa. Kerana itu, mintalah ampun kepada Ku, nescaya Ku ampuni.


Wahai hamba Ku, kalian tidak dapat menimpakan kecelakaan kepada Ku dan tidak juga dapat memberi manfaat.


Wahai hamba2 Ku, jika org2 terdahulu dan org2 terkini(manusia mahupun jin), semuanya bertaqwa spt org yang paling taqwa antara kalian, maka hal itu takkan menambah keagungan Ku sedikit pun.


Wahai hamba2 Ku, jika org2 terdahulu dan org2 terkini(manusia mahupun jin), semuanya berbuat jahat seperti org yg paling jahat antara kalian,
maka hal itu takkan mengurangi keagungan Ku sedikit pun.

Wahai hamba2 Ku, jika org2 terdahulu dan org2 terkini(manusia mahupun jin),
semuanya berada di satu tempat utk meminta kepada Ku, dan Aku penuhi semua permintaan mereka, maka hal itu tidak akan mengurangi milik Ku sedikit pun, kecuali spt sebatang jarum yg terkena air tatkala dicelupkan di lautan.

Wahai hamba Ku, semua itu adalah perbuatan kalian. Aku catatkan semuanya utk kalian kemudian Ku balas. Maka barangsiapa mendapatkn kebaikan, hendaklah memuji Allah, dan maka barangsiapa mendapatkn selain drpd itu, janganlah menyalahkn selain drpd dirinya sendiri
"


(HR MUSLIM DAN AHMAD)
-syarah & terjemahan RS jilid 1-


pengajaran? ada sesiapa nak kongsi? ha jemput lah brainstorm dan simpan rapat2 dlm hati ye. nak kongsi kat sini pon boleh, ahlan wa sahlan
:)

1. hidayah memang totalitasnya milik Dia, memang...tp jangan lupa, tugas kita la utk mencari dan grab kuat2 iman itu. jgn putus asa dlm setiap yg mendatang! kerna dalam laluan hidup ini, semuanya adalah episod2 hidup kita. bukanlah keseluruhan hidup kita. iAllah banyak lg yg kita akan lalui, pelajari, so worth them all. everything that comes to you, everything... (",)

2. sangat la kan,,, mashaallah... samada kita sedar atau tidak, segala yg ada pd kita, segala yg berlaku pd kita, semuanya adalah hadiah dr Allah, pemilik yg mengetahui segala isi hati kita. setiap saat yg diberi dgn pelbagai kurniaan Dia, takkan mengurang/mmberi effect sedikit pon terhadap ke'aziman Dia.
haza min fadhlika ya Allah, Allahu rabbul 3lamin.. dan mengapa setiap kali keinginan(material/fizikal) mdatang, manusia(makhluk) jg lah mnjadi rujukan pertama kita..?

3. taktau nak cakap mcm mana dah, dan taktau nak bold yg mana dah, sebab setiap ayat, setiap baris, sangat besar makna dn signifikasinya kpd saya. smga kita sntiasa diberi hidayah dan petunjuk, sentiasa melihat setiap perkara dgn pandangan kasih sayang iman. gunakan filter tarbiyah kita ya, agar semua yg dimiliki, tidak hanya mnjadi ilmu semata, yg diterima ttp tidak mnggerakkan, yg terkumpul dan hanya membusuk, membusuk dgn membrane bongkak dan sombong di hati kerana banyaknya ilmu. na3uzubillah...

4. pintu taubat sentiasa terbuka, dan mati juga berlaku bila2. so every second counts most. bertenang, berfikir, istighfar banyak2, dan teruskn melangkah. kita semua boleh! iAllah =)


okey, minta maaf segala salah dan silap. doakan kekuatan dan kejayaan kita bsama di dunia dan akhirat. ramadhan kareemmm, kol 3m w ento be5air....^^


p/s : hari terakhir di syurhabil atas, sblm pindah ke bawah esok.(ma3nato, last day lah nak guna balcony cantik dan berangin ni hoho!~


kauthar ruslan,
13 ramadhan,
bayt syurhabil hasanah,
wara' safeway,
taqobbalallah ta3tkom, minna wa minkom taqobbal ya kareem.

Saturday, July 30, 2011

dapat, simpan, dan hilang. dapat dan menghadiahkan.

Bismillah


"bagus la program macam ni, banyak dapat ilmu. boleh la buat lagi setiap tahun. ilmu perlu diulang2, sbb nanti akan lupa"

***

wahai adikku,
andailah dikau tahu,
sungguh ilmu dan fikrah itu berbeza,,,
sungguh, betapa manis dan indahnya fikrah(pemikiran islam) itu,
oh beruntungnya.
pasti kau akan menyangi islam itu sangat-sangat.
pasti kau akan faham dan yakin,
akan sebab sebenar kau diberi bumi dan seisinya,
dan seterusnya bergerak pd landasan yg sebetulnya. punya hadaf.
iAllah...



*muhasabah diri yg sangat kerdil dan banyak kekurangan ini...smga tetap sabar dan kuat utk berubah, utk memahami dan b'amal. doakan saya.

Friday, May 20, 2011

final exams

Bismillah

semoga sederas n terus-menerus spt ini iAllah



kita buat yang terbaik ya

sungguh Allah melihat pd usaha kerja keras n tawakal kita

bukanlah pd natijahnya

:)


p/s : saat2 akhir ni, jgn sesekali putus asa. jaga hati jaga hub dgn Allah. ujian semakin berat kerna musuh yg nyata akan terus menerus menjatuhkan/menyesatkan kita. jaga hub kita dgn Dia iAllah... ",

p/ss : minta maaf segala salah silap, andai ada hak2 yg tak tertunai dll...doakan sentiasa!

p/sss : siapa balik Malaysia 6 jun? nak joinnn.... :)


Tuesday, May 10, 2011

diri kita


Bismillah



berligar hanya pada paksi memenuhi keperluan duniawi dan kehendak hati semata?

sangat lah sempit dan rugi namanya.

sungguh, kehidupan kita adalah lebih besar daripada itu.

setiap satu punyai matlamat dan tujuan.

kita sentiasa punya peluang, punya ruang. belajarlah, berubahlah.


"Katakanlah. Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


Sunday, May 8, 2011

Dawud Wharnsby - The Everything Song

Bismillah..


Every single star you see
and every rock within the sea
and every drop of rain that you've ever felt fall.
Every flake of snow is different,
every place you go is different,
everyone you know is different,
that's the beauty of it all. :)


Saturday, April 23, 2011

last weekend

Bismillah..


okey let's gain the spirit.
for Allah has given us all these chances.
let's wake up and together we move for His blessing and loves iAllah. ",



also this,



may Allah bless


p/s : 06/06/11 - can't wait for it! XOXO~ (",)~


Thursday, April 7, 2011

tak mudah

Bismillah...


“Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah lembut,Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap kekasaran dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan)
Sahîh Muslim (2165)



p/s : jaga hati itu sangat tidak mudah. sangaaattt sukar. apatahlagi bila semakin menjauhi Dia. sangat. nastaghfirullah....



Monday, April 4, 2011

10 min


Bismillah...

every single part in our body is connected to each other esp with the brain and spinal cord. details yet so many untold stories to be explored. made me a bit(always?) lumpy in soo many circumstances. thus, a big thanks n prayers i dedicate to my kuriamates for all their patience and kind towards me. alhamdulillah...
(iklan)
teruskan usaha! jangan nanges2. exam mode~


okeyy ni dah settle, ni blom, ni nak kena ulang ingat btol2, ni plk nak buat lpas asar lah. lab ni in between subj, lab tu plk malam kang baru nak baca. senior kata dalam 2jam settle sempat iAllah ulang 2 kali(with Allah's will).. ha sudahhh, serabut sedikit di situ~

okey take rest JAP lah :D.
" eh2 ramainyaaa yang post pasal aurat akhowat nih, menarik. ada jgk la hamba2 yang takdak keja, suka sangat tag2 ramalan2 rahsia2 itu ini. tujuan? tak diketahui."

then timbul plk keinginan meluap2 untuk kita sama2 tadabbur ayat surah al-ahzab. sapa free, baca lah ye. best! ",


AQ, ms 422
mashaallah..


dan barang siapa diantara kamu tetap taat kepada Allah dan rasulNya dan mengerjakan kebajikan nescaya Kami berikan kepadanya pahala 2 kali lipat dan Kami sediakan rezeki yang mulia baginya.(31)

wahai isteri2 nabi! kamu tidak seperti yang lain, jika kamu bertaqwa. maka janganlah kamu tunduk(melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.(32)

dan hendaklah kamu tetap di dalam rumahmu dan janganlah kamu tabarruj(b'hias b'lebih2an) seperti orang2 jahiliyyah dahulu, dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan rasulnNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.(33)

dan ingatlah apa yang dibicarakan di rumahmu dari ayat2 Allah dan hikmah. sungguh Allah maha lembut maha mengetahui.(34)

sungguh, laki2 dan perempuan2 muslim, laki2 dan perempuan2 mukmin, laki2 dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki2 dan perempuan2 yang benar, laki2 dan perempuan2 yang sabar, laki2 dan perempuan2 yang khusyuk, laki2 dan perempuan2 yang bersedekah, laki2 dan perempuan2 yang berpuasa, laki2 dan perempuan2 yang memelihara kehormatannya, laki2 dan perempuan2 yang banyak mengingati Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar...(35)


semoga kita sentiasa tunduk, hanya pada Dia, nastaghfirullah...
semoga kita tergolong dalam golongan laki2 dan perempuan2 di atas, enshaAllahhhhh ameen.
bangunnnnn bangkitttt lah jiwa hambaaaa iAllah.


p/s : doakan kami exam CNS II awalll pagi esok. semoga bersedia sebaiknya, tenang dan mudah mengamalkan ilmu2Nya iAllah ameen..




Thursday, March 31, 2011

nite nite


Bismillah...


photo by akak A from Poland, tq! ;)
subhanallah...


ookeyy,
to make short(yes actually i don't know how to make a pretty good introduction :D), can i say the hardest thing to do is.... to stay FOCUS...? especially...when everything around seems so attracting and appealing me to favor them more than what's supposed to be focus on? -.-', soo distracting. curiously when it comes to study!*sigh* yeah, is that all my flawlessness? o Allah please get me out of this horrible debt, out of this tremendous task...i feel like texting sooo many words but i think a pic might even bring thousands words ain't? it even expresses more than my writing...fullstop.

piccas can't be uploaded now. tq.

p/s :

-study leave is granted for us to 'study'. got the point? so shuhhh..go accomplish yr lect summary, can u? good.
-bttawfeq w naja7 kol e7na iAllah. this time, we'll do our best, better than before. can we? do yr very best!
-okey kuriaaa, jumpa esok. :)