bismillah
setiap kali bangun tidur, kita kena jadi antara empat sahaja:
1) mujahid
(seorang yg bermujahadah. so, kita mesti ada target mujahadah apa minggu ini/bulan ini. seterusnya berusaha untuk mengerjakannya/membuangnya iAllah) :)
2) dai'e
(seorang yg menyeru. menyeru kpd apa? kpd Allah :). membangkitkan iman dalam apa jua cara sekalipun yg ada)
3) murobbi
(seorang yg mendidik/membina. mendidik serta membina diri dan orang lain)
4) 'abid
(seorang yg beribadah. mengambil masa beruzlah jasad/hati kpd Allah. pernah tak fikir kenapa seseorang manusia atau pekerja itu bisa merasa kering? atau merasa jiwa kosong dan lesu? kemungkinan besar, setiap seorang dari kita sendiri pernah merasainya betul tak?...)
* kata seorang ukhti, "kita ni..akan merasa kering dan lesu apabila...
PERTAMA, kita tak menjaga ibadah kita(TARBIYAH ZATIYAH). tidak memberi makanan kpd hati kita. ingatlah sesungguhnya ' al-'ibadah hiya asasul harakah '(ibadah adalah asas pergerakan/action)
KEDUA, kurang input. kurang ilmu atau makanan kepada aqal.
KETIGA, kurang berkongsi(sharing). umpamanya seperti tasik. air dan materials semakin bertambah dr hari ke hari. tapi tanpa sebarang pengaliran/saluran yg berterusan apa yg berlaku? air semakin membusuk kan? semakin cetek dengan pelbagai materials yg berkumpul..at last tidak berguna langsung. ketahuilah, semua yg hidup pasti ada pergerakan masuk dan keluarnya..kita sebut ia sbg dinamik. cth: banyak makan minum --> cerry berry ;-).
KEEMPAT, kurangnya pengalaman bekerja. yg menyebabkn kita tandus dan buntu utk beramal dan bekerja(sharing adalah antara cara utk kita tambah pengalaman)" :)
last but not least, yang penting setiap kali bangun tidur teruslah tajdid niat. remind ourselves again n again coz we know,as a human we always forget. [6:162&163]
pilihlah untuk jadi salah satu drpd itu atau kesemuanya sekali. :)
8.51am,
pagi Jumaat yg hening,
Bayt SQ, Mu'tah.