Tuesday, August 28, 2012

Irbid



"Bila di hatimu tak ada kelazatan yang bisa kamu dapatkan dari amal yang kamu lakukan, maka curigailah hatimu"

(Ibnu Taimiyah)

Thursday, August 23, 2012

Wahai yang bernama lelaki

Lelaki..
tolong lah bijak dan pandai dalam membuat keputusan, dalam merancang kehidupan, DALAM MENJAGA HATI DAN PERASAAN ORANG LAIN. Jangan kerana anda adalah pemimpim bagi kaum hawa, bagi sebuah keluarga/institusi..anda bisa melakukan apa saja. Kerana kesannya besar. Luas.

Tindakan anda sangat memberi kesan kepada isteri, anak2, sanak-saudara, teman2 dan yang paling utama adalah, terhadap diri anda sendiri. Jiwa anda yang seringkali bertentangan dengan fitrah seorang hamba Allah, ego yang bermaharajalela dalam hati, gelojoh dan tamak haloba mungkin? Semuanya berperang pada saat yang sama. Dalam jiwayang sama. Hatinya tidak sensitif lagi.

Kerana itulah kita harus sentiasa ingat bahawa 'kita adalah pemimpin terhadap diri kita sendiri sebelum orang lain!'. Even dakwah juga menyedarkan kita bahawa yang paling utama dan pertama adalah, jangan berhenti daripada memperbaiki diri dan menyerapkan dahulu ke dalam diri apa yang ingin disampaikan. Diri kita terlebih dahulu! Makanya walaupun telah ditaklifkan dengan apa jua amanah, tetap islah diri tidak akan berhenti. That what islam taught us!

Kalau nak kahwin dua pun kena fikir panjang juga. Ia sangat memberi kesan kepada anak2 kandung/tiri apatahlagi si isteri. Saya tidak kata isteri pertama sahaja, tetapi kedua juga. Kerana selalunya, si isteri akan mengenali si suami dengan lebih jelas dan terang hanyalah selepas ikatan perkahwinan terjalin. 'now your partner will be your test'(sis YM).

Saya dah serik melihat situasi ini di sana sini. Walau anda masih muda, jangan sesekali menidakkan hal ini. Teruskan dan banyakkan berdoa semoga allah sentiasa memimpin anda dalam membuat keputusan dan melangkah. Kerna usia mudamu belum menjanjikan corak kehidupanmu pada masa hadapan.

Serik melihat anak2 yang menjadi mangsa dan tersiksa hanya kerana kehendak dan/atau nafsu(ini pilihan,tidak semua individu sama) si suami/ayah. Saya tak kisah pasal diri saya kerana alhamdulillah allah sangat dan sentiasa menguatkan kami adik-beradik. Dikurniakan seorang ibu yang sangaaaat penyabar, tabah dan kuat. Kuat hubungannya dengan Allah juga manusia. Yang sangat sabar melayan karenah dan emosi anak2nya yang pelbagai dan sangat fluctuate! Dikurniakan sanak-saudara dan teman2 yang mematangkan dan menyedarkan kami bahawa dunia ini pelbagai. Raikan kepelbagaiannya. Namun tetap sedar tujuan utama kita di dunia. Live the life. Don't get mess with the obstacles you have faced. Everything comes with a lesson behind. *smile.

Bagaimana pula mereka yang bersendirian? Maksudnya, yang tidak penya siapa untuk menyokong dan membantu dari segi emosi, mental, dan fizikal mereka? Kasihan...kasihan! Saya sangat sedih bila berhadapan dengan situasi ini. Geram dan benci!

Plz lah wahai lelaki baik muda mahupun senior citizen, jangan pentingkan diri! Jangan. Hidup ini fantasi dan ilusi, kelak selepas mati barulah ia menjadi realiti. Janganlah menyibukkan diri anda dengan masalah2 dunia. Seharusnya dunia menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada allah, meningkatkan amal ibadah(ibadah kehidupan) serta jambatan menuju akhirat. Kalau jambatannya pun sudah rapuh, rosak? Bagaimana kita mahu sampai ke akhirat dengan baik dan tenang?

Wallahu'alam.

"life is about to plan and work on it. It doesn't come by chance. Nope. Be confident"(Dr Harlina)

And the best confident is by making Him please on us. InshaAllah ameen. :)

*mutaakihir ini, semakin banyak program khas untuk wanita diadakan. Bagi saya program untuk antum/syabab/ikhwah/lelaki/pemuda lebih patuttttt diperbanyakkan. Dipelbagaikan. Diuar2kan supaya sampai kepada matlamat menyediakan remaja/pemuda pemudi untuk menjadi men & women in the future. The best is, to be a better muslim everyday.