Kejayaan hakiki itu hanya diberikan kepada hamba2Nya yang bertaqwa. Maka nak atau tidak kena juga kuat, sabar, tabah, cekal dan bersemangat untuk terus menyucikan diri inside-out dan all-out dalam setiap urusan. Supaya kita berjaya mencapai hadaf kehidupan di dunia ini dan kembali kepada Dia dalam keadaan yang tenang :).
Kuncinya adalah seperti gambar di atas + jangan pernah putus asa dalam perubahan kepada yang lebih baik + jangan bermalas-malasan dalam menimba ilmu melalui pelbagai cara :-).
Jemputlah tadabbur ayat2 ni bersama. Maaf nak cepat maka tiadalah tulisan penuh, hanya no surah dan ayat ;-).
Jalan keluar segala masalah/ ketegangan yang kita sering lupa, berat melainkan bg orang yang khusyuk.
[2 : 45 & 46]
Tawakkal dan ganjarannya.
[2 : 112]
Siapakah dan apakah ganjaran orang yang bertaqwa.
[3 : 133-136]
[3 : 142 & 143]
Bukanlah kita yang melempar, tapi Allah lah yang telah melempar. semua keputusan dan ketentuan tersedia di sisi Dia, kerja kita hanya utk ikhlas dan ihsan dlm amal kita.
[8 : 17]
Even antara kita dan hati kita sendiri pun punya batasan, siapalah kita di atas muka ini kan. So everything back to Him. Rujuk, doa dan percaya pada Dia. Memang tak mudah, tapi itulah lumrah jambatan ke akhirat ni kan? Ingat apa kunci kejayaan di atas tadi? ;)
[8 : 24]
Everything starts within us! Tak boleh tidak.
[13 : 11]
Beruntunglah mereka yang menyucikan diri. Walau kerap kali kita tersungkur dengan pelbagai tipu daya musuh abadi kita( syaitan), kuatkan juga hati untuk bangkit membersihkan hati. Be positive, terhadap diri sendiri mahupun orang sekeliling. Sebab kita lah antara manusia yang lemah itu, maka sepatutnya kita memandang manusia lain dengan pandangan diri sendiri bukan? Siapalah kita untuk menghina manusia. yang dibenci adalah kemaksiatan itu, bukan si empunya diri yang lemah itu. Jangan menghukum, tapi sama2 membantu.. Jangan ditinggalkan, tapi sama2 berganding tangan. Allah itu Maha Adil, always. Dia tidak melihat pada rupa paras kita, harta kekayaan kita, natijah segala usaha kita, tapi sekuat mana usaha dan tawakkal kita terhadap Dia. Tidak mudah, tapi tidak mustahil kan? ;-)
[87 : 14 & 15]
[91 : 8 & 9]
Dan banyak lagi. Bila cakap, jangan tak buat pula ya kauthar. Selamat menerapkan dalam hati dan membina diri, Chayok! Doakan kejayaan kita bersama! =)