Thursday, December 24, 2009

AKU PUNYA DIA...

Ya Allah
Assalamualaikum semua..
apa khabar??semoga sahabat semua tenang, ceria dan dipermudahkan segala urusan..insyaAllah..
x berniat nak menulis panjang hari ini,mmandangkan anak2 microbes semuanya sedang memanggil2 utk di didik dan dibelai. =.=!
post kali ini saya berminat nak kongsi satu hadith dengan kalian..


Dari Abu Hurairah, Rasullullah S.A.W bersabda, Allah ta'ala berfirman :

" Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku juga mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingati Aku dalam satu kumpulan manusia, maka aku juga akan mengingatinya dalam satu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari"

[SAHIH MUSLIM]

Pertama sekali selepas baca hadith ni, apa yang kalian rasa kan??
rasa sangat bersyukur x?hiba dan sayu dengan kebaikan dan kelebihan yang Allah limpahkan kpd kita..sangat banyak bukan??hanya kita yang mahu PERCAYA dan YAKIN atau tidak..
Saya sangat suka mengenengahkan perkara ini(credit to my friends who always reminding me about this)
Kita mudah dan sering percaya tentang banyak perkara, tp apakah kita YAKIN??

Sebagai contoh, kita percaya SOLAT BERJEMAAH fadhilatnya 27x GANDA PAHALA. tp apakah kita benar2 yakin sehingga kita seringkali terkejar2 mencari jemaah solat?? atau apakah kita biarkan saja waktu berlalu begitu sahaja..
tepuk dada tanya iman..

JANGAN PERNAH PUTUS ASA DARI RAHMATNYA.JANGAN PERNAH...YAKINLAH SETIAP AYAT2 CINTA-NYA, SETIAP APA YANG DI SAMPAIKAN KEKASIHNYA...

JanjiNya akan mengingati kita apabila kita mengingatiNya..sweet kan? apalagi,j0m kita kejar janjiNya..PERCAYA dan YAKIN!
v(^_^)v

Sentiasalah berfikiran positif bahawa segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kita saja yang belum nampak..doalah setiap ujian/kesusahan/kesenangan/kesempitan/keluasan yg diberiNya, adalah yang terbaik buat kita, yang mendekatkan kita kpdNya...
Marilah kita letak pergantungan yang paling tinggi, hanyalah pada Dia..

Saya cinta Dia.Saya sayang Dia.Saya mahu Dia...


KAUTHAR RUSLAN
11.20PM.24 DIS 2009
SOLUN.TOBIQ ARDI.IMARAH IMAN
IRBID, JORDAN

Saturday, November 21, 2009

PENCERAHAN BUKAN UNTUK ORANG MANJA


SAYA TIDAK MAHU JADI MANJA!




Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down sekejap up, cepat terasa

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhowat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman -teman pencerahan bila dia dalam kesusahan,
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, x share pun dengan orang lain

-yang cepat mengalah

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara penting yang lain

-yang hanya pandai cakap(tulis) tp amal kosong

-yang hanya tahu bandingkan jemaah itu dengan jemaah ini dan menilai harakah itu dengan ini


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya untuk disebut sebagai ahli dalam harakah itu atau ini, jemaah ini dan jemaah itu...

Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan last minute

Dakwah bukan lah untuk orang yang tak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah

Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh..

Dakwah bukan untuk orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond dan laju. Yang taknak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh


Tarbiyyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tnggu information

Pencerahan bukan bagi mereka yang nak berkawan dengan orang yang berduit dan berharta, yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah, miskin dan pakai comot

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.

Penat, mengantuk, susah, banya kerja, keluarga tak bagi keluar

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan ,Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara


Cuma tanpa pencerahan

Tanpa tarbiyyah

Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti


Tak mengapa.

Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda

Berbahagialah seadanya


Saya menghitung diri

Terlalu kerap menuturkan

"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih"

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah,tabahkan hati hamba-Mu

"amanah ini bukan hak milik,tapi anugerah dari-Nya"

Friday, November 20, 2009

Siapakah dia Al-Farouq??Al-Hafsh??:)



ApakaH??siApaKah beliAu??~
mari!teruskan usaha membaca okeyh...

Pemuda Al-Far0uq (pemisah antara hak dan batil )

Pemuda Al-Hafsh ( anak singa )

hmm...??

beliau dilahirkan 30 tahun sebelum Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul Allah
(berapa umur nabi ketika itu. jawapan: 4o tahun..bet0ll!)
(ma'nato...beza umur mereka hanyalah 10 tahun...)

Beliau telah di takhlifkan sebagai khalifah Islam yang ke-2 ketika berusia 55 tahun dan

menjalankan tanggungjawab dengan amanahnya selama 10 tahun 6 bulan 4 hari...

Beliau turut dinobatkan sebagai bapa mertua baginda Muhammad S.A.W melalui perkahwinan

baginda bersama anakandanya Ummu Al-Mu'minin Hafsah...uhh..mulia sungguh bukan!

Keturunan beliau bertemu dengan keturunan baginda Muhammad S.A.W pada moyangnya,

Kaab Bin Luai dan berketurunan Quraisy daripada Bani 'Adi..

SIAPAKAH BELIAU??ohh...sudah pasti semua sudah maklum+sangat maklum...baca tajuk pon sure buleh agak kan2??ya betol!

Maka di sini, saya hanya ingin berkongsi mungkin jg sebagai 'refreshment' buat kita yang seringkali sibuk dan lupa akan pahlawan2+tokoh2 islam kita..
kalau kita baca balik sejarah2, sumbangan, perjuangan mereka..for sure meleleh-leleh air mata punye..sangat dahsyat usaha dan pengorbanan mereka..okeyh.

Nama diberi...

'UMAR BIN AL-KHOTHTHOB BIN NAUFIL BIN 'ABDUL 'UZZA

beliau dibesarkan di MAKKAH, kota agama masyarakat arab, dalam keluarga

yang terkenal dengan ketegaran dan keperkasaan...


Semasa jahiliyah, oleh sebab kegagahan dan sifatnya yang pantang dicabar, beliau seringkali

dilantik menjadi utusan diplomatik apabila berlaku peperangan antara Quraisy dan kabilah lain..


Umar juga merupakan seorang pemuda Quraisy yang cergas, cerdas dan pantang menyerah.

Beliau menyertai pelbagai majlis foya-foya dan turut sama meneguk ibu segala maksiat, si

arak..turut sama menyakiti dan melakukan kekerasan terhadap umat islam dalam tahun-tahun

awal da'wah islam..


Ibnu Abi Dunya ada meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Abu Raja' al-Uthoridiy,

katanya: "Umar memiliki tubuh yang sasa ,kepalanya botak, berbulu, berkulit kemerahan,

berkumis tebal dan di hujung misainya kemerah-merahan dan pelipisnya berambut jarang"


BAGAIMANAKAH ISLAM BISA BERTAPA DI HATINYA...

Bagaimakah...'Umar..

Semasa 'Umar memeluk islam pada usia 30 tahun atau hampir 30 tahun,terdapat 39 orang yang
terlebih dahulu memeluk islam. Syahadah 'umar menggenapkan 40 orang islam ketika

itu.banyak peristiwa mengenainya yang pada pandangan saya sangat perlu untuk kita

renungkan,muhasabahkan...

Tahun ke-6 hijrah..hadirlah 'Umar al-Khoththob ke dalam islam yang agung ini...

Termakbul sudah doa baginda yang berbunyi....

"Ya Allah muliakanlah islam dengan keislaman lelaki yang Kau kasihi antara dua orang; Abu Jahal bin Hisyam atau 'umar Al-Khoththob"
(Riwayat at-Timrizi)

Lihat!betapa Allah itu Mahakuasa..betapa mulianya 'Umar di sisi-Nya..
seringkali kita berdoa,"Ya Allah Kau muliakanlah aku dengan islam.dan Kau muliakanlah islam denganku.."
dan 'Umar,beliau terlebih dahulu mendapatkannya..
Kita?apakah tindakan,usaha kita,untuk Allah maqbulkan permintaan kita itu...?

Ahmad meriwayatkan daripada Shofwan bin 'Amr, daripada Syuraih bin 'Ubaid, katanya : 'umar berkata :

'Saya keluar untuk menghalang Rasul Allah dan mendapati baginda telah mendahului saya pergi

ke masjid. Lalu saya berdiri di belakangnya. Baginda memulakan solat dengan membaca surah

al-Haaqqah. Maka saya kagum dengan susunan al-Quran, saya berkata : "Demi Allah ini adalah

PENYAIR sebagaimana dakwaan Quraisy." Katanya lalu baginda membaca ayat yang

mafhumnya..

Bahawa sesungguhnya al-Quran itu ialah(wahyu daripada Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah al-quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan.tapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman
[70:41]

Saya berkata lagi : "TUKANG TILIK." Baginda membaca lagi ayat yang mafhumnya :

Dan juga bukanlah al-Quran itu perkataan seorang tukang tilik (sebagaimana yang kamu katakan.tetapi sayang!)amatlah sedikit kamu mengambil peringatan..
[70 : 42 ]

sehingga habis surah tersebut...

Saat itulah islam menempat di segenap hati si anak singa,si pemisah antara hak dan batil
'Umar bin al-Khoththob bin Naufil Bin 'Abdul 'Uzza



Qal'ah Saladdin Al-Ayubi di Syiria
Saladdin, pembuka Palestin selepas 'Umar..
'Umar, orang islam ke-2 solat di dalam Masjidil Aqsa selepas baginda(semasa isra' mikraj)



'Umar...aku mahu semangat 'Umar al-Khotob!
[away]

Wednesday, October 14, 2009

KETAKUTAN SEORANG RIJAL~

Ketakutan Seorang Lelaki.
Assalamualaikum wbt..

Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu saya menulis ini saya baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana sesi lab dan kuliah kedua-duanya dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini.

Pagi ini saya mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, sekali lagi Allah benarkan saya untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu. Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak saya. Pantas saya cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ saya pada Allah.

Selesai segalanya, lantas saya menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang di hantar oleh ibu dari Malaysia saya capai, isinya saya keluarkan. Sebuah buku physiology kehijauan saya selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun saya tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran saya. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?


`Ketakutan seorang lelaki!’

Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan..

Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.

Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.

Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.


Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.

‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'


Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.

‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’


Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.


‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'

Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....


Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).


TEKNIK & TAKTIK:

1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’




2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.

Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.


Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..


3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.


Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.

Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.

Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)

Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..

Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..

salam ukhuwah.

Sunday, September 27, 2009

eid Bil Malizi...(^_^)

Assalamualaikum to everyone..
how're u guys?how's ur holiday...just 4days left before going back to jordan..

hopefully this becoming sem,this 2nd year willl be much3 better and worth after all..

insyaAllah..


today i feel like writing about my eid mubarak with family...it's different from any of mubarak b4 ...why?


1st bcoz i just hv a month to be spent with fmily started from 20th of ramadhan

2nd bcoz this eid, all 9 of us are present except during the 1st day of raya(b teh was on his way from sarawak to penang+flight delay+bla3)

3rd bcoz we've spent 3days n 2 night in tioman island(only 3 mmbers of malay family were there in our resort,n others were foreigner...so we've got semacam feelin' y masyuk la.he2)

4th n the last,only when 4days left for me before off to jordan i could lepak2 n have rest in my house in selayang~



2 days b4 raya,we 8 of us went back to our kg in kepala batas,pulau pinang



1 day b4 raya we were 'merewang' n gotong-royong making 3 kinds of rendang..for about 200 ppl..but almost were eaten n lahap by us,grandchildrens of rahmah n rahman.hua2 :p



the best n our most admired biskut raya known as 'winter sonata',made by our aunty asmah..were sorok n hidden baik punya by cucu2 dara.ha2..kah2...ksian boys kurang merasa..xpa la..

then,i dunno why,myb it's my habit,the thing i luv the most to do in the kitchen is...washing the dishes..even if u're standing at the sinki for one hour,nvermind.for me it's better than sweeping the floor with kanak2 n guest all around walking n talking with food in their hand and pasir btween their jari kaki.non-stop sapu kot klu cmtu...hoho~
4th till 6th raya were spent in tioman(special post)

n 7th raya a whole day spent in NOGORI..ponek eden.arrived at home around 3.30am....adeih..
bnyak sgt keje ttangguh(sorry guys bnyak mnde x tersiapkan)

last but not least,actually now i'm in dilemma..feel sooo guilty to one guy...keje die belum disiapkan lg..sooo sorryyy...~


4 days left i hpe will be spent wisely insyaAllah...
2nd year of medicine will be the precious n worth n better year for me n friends,amin..
study smart+hard3..do the best Allah settle the rest.segalanya letaklah Allah di tmpat trtinggi..
insyaAllah everything gonna b fine..if not,bak kata farahia : 'bila berjaya over gembira,bila gagal kecewa~
masih belum terlambat kot "eid mubarak kullukum.ma'as salamah wa ilal liqa' "

Wednesday, July 15, 2009

a piece of my diary..

assalamualaikum..

once upon a time..
uuu....
sedang aku duduk2 mmbaca di musolla blok N,tiba2..
"assalamualaikum,ya habibati..bissir ana bista'ir hatif enti?"
[wahai habibati,bley saya pinjam talifon awak?]
(plus minus ayat beliau)^_^
lalu..ku toleh melihat siapakah gerangan empunya suara..
oo..dia rupa2nya..
yang sebentar td kulihat sedang enak dibuai mimpi,memenuhi hajat badan dan minda,
agar lebih segar dan fokus dlm meneruskan perjuangan di dewan kuliyah nanti,
kini benar2 berada dibelakang ku dgn wajah yang penuh pengharapan..
agaknya melihat pada raut wajahku yang mmm...dia menyambung lg,
"hatifi musyghal"[talifon sy tidak berfungsi](jg plus minus):P

tanpa berfikir panjang saya terus mengangkat beg,menyelogkar segala isi harta karun yg terkumpul dan menghulurkan talifon kpd beliau
bkn ap,arabs...
u know rite?!
bukan berkata tidak kpd mereka bermakna kita kedekut,bermakna kita tamak,bermakna kita tidak memenuhi kehendak saudara seislam kita,tp..
berhati-hati dalam tindakan itu jg penting bukan?
sebelum nasi menjadi bubur,sebelum menyesal tak berkesudahan,lebih baik ada sikap 'menjaga'.biar mereka tidak pijak kepala kita..
cukuplah!cukuplah dgn sikap sesetengah mereka yg suka 'mbaby doll' kan kita kerana kurang fasih berbahasa arab.uhh...berlapang dada itu penting Kauthar!(ttbe emo plk)
*_*

ap yang membuat saya tertarik melihat sister ni adalah..
dia membawa muatan yg saya kira lbey kurang 2.5-4 kg beratnya in her tommy..hu
u know what i mean rite?pregnant woman..~^_+~
after she had settled using my mobile phone,
with a cutest smile in my face(uwekk!):P,
i asked her,
"syusmik enti?"[what's ur name?"]
n she ans me.."ana Nibal,wa enti ya hillu?syusmik?syu takhasus?"
['am Nibal,n you sweetheart?what's ur name?what is ur specialization?]
"ana Kauthar.adrusu Tib Bashari,sanah ula bas.wa enti,syu tadrisin?"
['am Kauthar.studying medicine and just 1st year student.and you,what're you studying?]
"ana tamrid,sanah talis"['am nursing,3rd year]
oo...those were parts of our conversation..
b4 she left,i asked her again,
"err...mm..when is ur due?uhh.."(menyebuk skjap)
"kaman usbu'in"[2 weeks]
wow!(terkejut jgk saya)

that made me thinking a lot
how strong she is..in a bigger scope,how strong women are righ?!
studying+carrying fetus+take care of hubby of course+family and friends.uuhh~
how hard for those who aren't prepared!
pregnancy...it isn't a small nut!isn't a small matter 4 a day,not for 9 months and 10 days...but more than that.
u have to look forward!planning for ur children.what u want they to be later on?
muslim sejati?or just physically tough strong people but null inside?uhh..think about it guys!first thing first!(reminding myself too!^_+)

like ppl said,if u think of marriage,u have not just thought of 'pelamin' and life as a 'halal' couple,
but u have to consider about pampers too.huu...okeyh!

last but not least,
semoga Allah memelihara hidayah yang dikurniakan kpd kita
insyaAllah..
sama2 kita menjaga
sama2 kita hidup berjemaah bersama mendorong kpd pengislahan diri..
sungguh,hidup bersendirian itu menakutkan
takut2 kalau kita hanyut tiada siapa yang akan memegang menarik kita..
wahai kawan2 semua
dikesempatan menulis menterjemah secebis cerita hati ini
maaf dipinta andai tindakan diambil pernah mengguris menyakitkan kalian..
mari teruskan perjuangan!ayuah!
salam..

Thursday, June 25, 2009

the entrance...

assalamualaikum..

'am not a good writer but i feel like writing and saying something...
just don't know what and when and how..
mmm...
n this entrance specially dedicated for adeq n bella too..
who have been struggling persuade me to join blogging...(*_*)
i think almost a year(since the 1st month arrived in jordan)
but what made me move my 'manual' and 'padel' is..
when i thought that life is meaningful with gift..?
u know what..gift...?yeah~
and the best of the best is..
when we be the giver..anything..anything that useful n benefit to others..
and for a long time,i've been thinking that..
i've given others nothing..nothing...huh!

what's goin' on kauthar??
u're 19 and almost 20..
good deeds?null...like arabs say.."ma fi syi' walau wahad~"
uhh....

okeyh laa...
hopefully by making this,make me more mature n ready for the reality of life..
and more3 than that...
Allah knows best.insyaAllah...

hey hurun ain...!!
'am joining uuu guys.huhu..^_+
(excited plk dpt masuk hurun 'ain.setelah sekian lama..hehe)