Saturday, November 21, 2009

PENCERAHAN BUKAN UNTUK ORANG MANJA


SAYA TIDAK MAHU JADI MANJA!




Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down sekejap up, cepat terasa

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhowat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman -teman pencerahan bila dia dalam kesusahan,
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, x share pun dengan orang lain

-yang cepat mengalah

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara penting yang lain

-yang hanya pandai cakap(tulis) tp amal kosong

-yang hanya tahu bandingkan jemaah itu dengan jemaah ini dan menilai harakah itu dengan ini


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya untuk disebut sebagai ahli dalam harakah itu atau ini, jemaah ini dan jemaah itu...

Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan last minute

Dakwah bukan lah untuk orang yang tak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah

Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh..

Dakwah bukan untuk orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond dan laju. Yang taknak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh


Tarbiyyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tnggu information

Pencerahan bukan bagi mereka yang nak berkawan dengan orang yang berduit dan berharta, yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah, miskin dan pakai comot

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.

Penat, mengantuk, susah, banya kerja, keluarga tak bagi keluar

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan ,Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara


Cuma tanpa pencerahan

Tanpa tarbiyyah

Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti


Tak mengapa.

Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda

Berbahagialah seadanya


Saya menghitung diri

Terlalu kerap menuturkan

"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih"

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah,tabahkan hati hamba-Mu

"amanah ini bukan hak milik,tapi anugerah dari-Nya"

1 comment: