ApakaH??siApaKah beliAu??~
mari!teruskan usaha membaca okeyh...
Pemuda Al-Far0uq (pemisah antara hak dan batil )
Pemuda Al-Hafsh ( anak singa )
hmm...??
beliau dilahirkan 30 tahun sebelum Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul Allah
(berapa umur nabi ketika itu. jawapan: 4o tahun..bet0ll!)
(ma'nato...beza umur mereka hanyalah 10 tahun...)
Beliau telah di takhlifkan sebagai khalifah Islam yang ke-2 ketika berusia 55 tahun dan
menjalankan tanggungjawab dengan amanahnya selama 10 tahun 6 bulan 4 hari...
Beliau turut dinobatkan sebagai bapa mertua baginda Muhammad S.A.W melalui perkahwinan
baginda bersama anakandanya Ummu Al-Mu'minin Hafsah...uhh..mulia sungguh bukan!
Keturunan beliau bertemu dengan keturunan baginda Muhammad S.A.W pada moyangnya,
Kaab Bin Luai dan berketurunan Quraisy daripada Bani 'Adi..
SIAPAKAH BELIAU??ohh...sudah pasti semua sudah maklum+sangat maklum...baca tajuk pon sure buleh agak kan2??ya betol!
Maka di sini, saya hanya ingin berkongsi mungkin jg sebagai 'refreshment' buat kita yang seringkali sibuk dan lupa akan pahlawan2+tokoh2 islam kita..
kalau kita baca balik sejarah2, sumbangan, perjuangan mereka..for sure meleleh-leleh air mata punye..sangat dahsyat usaha dan pengorbanan mereka..okeyh.
Nama diberi...
'UMAR BIN AL-KHOTHTHOB BIN NAUFIL BIN 'ABDUL 'UZZA
beliau dibesarkan di MAKKAH, kota agama masyarakat arab, dalam keluarga
yang terkenal dengan ketegaran dan keperkasaan...
Semasa jahiliyah, oleh sebab kegagahan dan sifatnya yang pantang dicabar, beliau seringkali
dilantik menjadi utusan diplomatik apabila berlaku peperangan antara Quraisy dan kabilah lain..
Umar juga merupakan seorang pemuda Quraisy yang cergas, cerdas dan pantang menyerah.
Beliau menyertai pelbagai majlis foya-foya dan turut sama meneguk ibu segala maksiat, si
arak..turut sama menyakiti dan melakukan kekerasan terhadap umat islam dalam tahun-tahun
awal da'wah islam..
Ibnu Abi Dunya ada meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Abu Raja' al-Uthoridiy,
katanya: "Umar memiliki tubuh yang sasa ,kepalanya botak, berbulu, berkulit kemerahan,
berkumis tebal dan di hujung misainya kemerah-merahan dan pelipisnya berambut jarang"
BAGAIMANAKAH ISLAM BISA BERTAPA DI HATINYA...
Bagaimakah...'Umar..
Semasa 'Umar memeluk islam pada usia 30 tahun atau hampir 30 tahun,terdapat 39 orang yang
terlebih dahulu memeluk islam. Syahadah 'umar menggenapkan 40 orang islam ketika
itu.banyak peristiwa mengenainya yang pada pandangan saya sangat perlu untuk kita
renungkan,muhasabahkan...
Tahun ke-6 hijrah..hadirlah 'Umar al-Khoththob ke dalam islam yang agung ini...
Termakbul sudah doa baginda yang berbunyi....
"Ya Allah muliakanlah islam dengan keislaman lelaki yang Kau kasihi antara dua orang; Abu Jahal bin Hisyam atau 'umar Al-Khoththob"
(Riwayat at-Timrizi)
Lihat!betapa Allah itu Mahakuasa..betapa mulianya 'Umar di sisi-Nya..
seringkali kita berdoa,"Ya Allah Kau muliakanlah aku dengan islam.dan Kau muliakanlah islam denganku.."
dan 'Umar,beliau terlebih dahulu mendapatkannya..
Kita?apakah tindakan,usaha kita,untuk Allah maqbulkan permintaan kita itu...?
Ahmad meriwayatkan daripada Shofwan bin 'Amr, daripada Syuraih bin 'Ubaid, katanya : 'umar berkata :
'Saya keluar untuk menghalang Rasul Allah dan mendapati baginda telah mendahului saya pergi
ke masjid. Lalu saya berdiri di belakangnya. Baginda memulakan solat dengan membaca surah
al-Haaqqah. Maka saya kagum dengan susunan al-Quran, saya berkata : "Demi Allah ini adalah
PENYAIR sebagaimana dakwaan Quraisy." Katanya lalu baginda membaca ayat yang
mafhumnya..
Bahawa sesungguhnya al-Quran itu ialah(wahyu daripada Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah al-quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan.tapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman
[70:41]
Saya berkata lagi : "TUKANG TILIK." Baginda membaca lagi ayat yang mafhumnya :
Dan juga bukanlah al-Quran itu perkataan seorang tukang tilik (sebagaimana yang kamu katakan.tetapi sayang!)amatlah sedikit kamu mengambil peringatan..
[70 : 42 ]
sehingga habis surah tersebut...
Saat itulah islam menempat di segenap hati si anak singa,si pemisah antara hak dan batil
'Umar bin al-Khoththob bin Naufil Bin 'Abdul 'Uzza
Qal'ah Saladdin Al-Ayubi di Syiria
Saladdin, pembuka Palestin selepas 'Umar..
'Umar, orang islam ke-2 solat di dalam Masjidil Aqsa selepas baginda(semasa isra' mikraj)
'Umar...aku mahu semangat 'Umar al-Khotob!
[away]
No comments:
Post a Comment