kemarin berjalan2 dan terjumpa vid ni subhanallah...selama ni rasa macam dah biasa dengar lagu ni, rasa juga macam dah pernah tengok pengakuan Ruden(Abu Bakar) ni, tapi baru sekarang terasa zuppp sayu hati basah kelopak mata tersentuh jiwa... subhanallah alhamdulillah allahuakbar...indahnya...tak tahu nak gambarkan dgn ucapan apa perasaan ini..
hidayah memang milik Allah. memang! kita kena sentiasa berdoa smoga hidayah yg diberikan kpd kita saat ini, sentiasa kekal melekat bersama kita..iAllah
betul lah kata2 saudaraku, islam itu...bukan hanya pada solat, bukan hanya pd zakat, puasa, haji, dan syahadah semata. sebab, kalau itu yg menjadi sandaran seseorg itu untuk declare islam, maka belum sempurna/belum islam lah dia. bukannya setiap masa setiap saat kita solat, bukan setiap masa setiap saat kita bayar zakat tunai haji etc. maka jadi lah dia islam semasa menunaikan solat, jadilah dia islam semasa berpuasa atau jadilah dia islam semasa dia mengucap, selain daripada itu? tepuk dada tanya iman...
mahu atau tidak, semua pasti setuju jika dikatakan hidup kita, makhluk yg bernama manusia ni, yg diberi taklifan utk beribadah kpd Dia dan mnjadi khalifah ni, yg seringkali lupa ni, kebanyakan saatnya terisi dengan bersendiri. terisi dengan berfikir, membuat keputusan, membuat pilihan, bercakap, berjalan, bermuamalah, belajar, merancang dan sebagainya lagi. betul tidak? ;) jgn malu2 nak mengaku ye...saya pon stuju la, fact ye fact. bukti dlm hati masing2 =)
tp islam itu, lebih besar dr segalanya...sgt luas! segala sesuatu di sekeliling kita, segala sesuatu yg diciptaNya, diri kita, haiwan ternakan, tumbuh-tumbuhan, matahari, bulan, masa yg berlalu dll semua itu islam. semuanya menyerah diri kpd Allah, semuanya taat pd Allah.
sedar tidak, islam itu....adalah diri kita, jasad islam dan roh islam. bilamana salah satu tidak berfungsi/tidak wujud, jadilah ia umpama bangkai. ya bangkai, mempunyai jasad tapi tiada roh. maka jadilah seperti buih-buih yg bertebaran pada hari ini, sgt banyak ttp tidak tahu arah tuju sebenar. islam kita pada setiap saat setiap detik. segalanya kita paksikan pd Dia. bila berfikir, x mahu yang jahat2 kotor2 sbb Dia tidak suka, sedarlah setiap ssuatu sentiasa dlm pengetahuan Dia..dlm pd kita membuat keputusan, membuat pilihan, meletakkan harapan, bergerak dll, sntiasalah berpaksikan pd Dia, iAllah.. itulah beza kita dgn yg bukan islam. sweet bukan (^__^). kita sentiasa ada Allah di sisi...sentiasa oke :)
"Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan."
[6:3]
sgt tersentuh dgn ayat2 yg Abu Bakar ni bc bila mana hidayah smpi kpd dia, di saat dia mengaku La Ilaha illAllah Muhammad Rasulullah. subhanallah...
rindu dan sayang semua sangat2. feeling tlbey sket hr ini.xpa, kuat iAllah..
No comments:
Post a Comment