Saturday, November 27, 2010

28/11/2010

Bismillah

alhamdulillah selesai semuanya, semoga diberkati dan diredhai..
syukran jazilan kpd semua yang hadir lebih2 lagi yang bersusah payah berhabis keringat melaksanakan hajat. Allah yusahhil umurokum :)
mana yang baik kita ambil jadikan pedoman, mana yang kurang kurang dan kurang, sama2 jadikan pengajaran dan peringatan, pasti ada hikmah disebaliknya.

dan tak lupa juga, alhamdulillah dan mabrouk kpd semua pasangan yg sudah mendirikan masjid. baik di sini, di sana mahupun di mana2, sama saja yg penting dlm redha Dia. oh indahnya ^__^
semoga ianya menguatkan lagi ikatan hati2 kalian dgn Dia yg telah menciptakan kalian, dgn Dia yang telah memberikan kehidupan kpd kalian, Dia yg memberikan setiap saat yg berlalu kpd kalian. subhanallah sgt besaarrr dan banyaakkk pemberian Dia bukan...?
semoga aku, kau, dia dan kita semua sentiasa bersyukur iAllah...
sungguh, pernikahan itu menyempurnakan sebahagian drpd agama kalian, syukurlah, tenanglah dan gembiralah wahai saudaraku... :)

khas buat mereka semua <3



Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu
dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,
menuju ke tempat yang belum engkau kenali
dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
[30:21]

"Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh..."
[34:37]

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"
[18:46]

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
[3:14]


p/s : [51:55] ye. sama2 kita mendoakan semoga tsabat semuanya. ujian kita berbeza, pelbagai warnanya. dan, pelbagai juga hikmahnya buat semua. islam pasti akan menang, itu pasti. tp, kita sentiasa dalam iman, itu belum tentu lagi. doakan aku!

2 comments:

  1. assalam kak kautahr.
    semoga khair kathiran semuanya.
    bila kak kauthar nikah?
    nampak sudah bersedia.
    na tau gak...

    ReplyDelete
  2. salam yang,
    bukan akak yg bernikah la..
    akak sulung yang bernikah 27 nov lepas..
    alhamdulillah lancar semuanya...
    sori ye kalau ayat akak pening. huh :)

    ReplyDelete