Friday, December 10, 2010

take 5



Salam


melihat saja membuatkan aku tersentuh, terusik dan terfikir.

dengan garis2 halus di dahi, bibir yang sepi, namun, sinaran dari mata tidak pernah menipu diri.

engkau diam tidak bermakna semangatmu padam. bahkan diam mu itu bisa membakar dan menghangatkan lagi hati2 mereka di seluruh alam.

diammu, seribu makna tersendiri, sejuta gerak kerja yang terjadi.

kau ku kira sebagai teman, sahabat, saudara, pemberi motivasi yang sangat berjaya.

walau mungkin kita tidak pernah bersua muka, ya tapi hakikatnya ikatan aqidah itu menghidupkan hubungan kita.

ia hidup tanpa perlu kan lidah berbicara bersama, tanpa perlukan wajah bersua sentiasa, tanpa perlukan itu semua.

cukuplah aku mengharap, semoga aku turut berusaha, merealisasikan kehidupan kita bersama di alam sana.

mendengar cerita mu, bicaramu yang terkadang itu, bisa menitiskan lagi air mata ini. kehidupan mu, tazkirah bagi diri.

terima kasih kerana kau menyedarkan aku yang seringkali lesu.

dengarlah, aku sangat kagum dengan kamu. semangatmu, hatimu, aqidahmu, Allah sentiasa dalam hatimu.

wahai saudara seislamku.






No comments:

Post a Comment