Bismillah..Assalamualaikum lel jamee33, hayya ma3 ba3d sollu 3alan nabiyy :)
iAllah pagi ni sebelum ke sekolah kita sama2 hayati satu kata2 ni nak tak? semoga di baca dengan tenang dan menusuk sampai ke hati(so mestilah kena buka hati luas2 kan? ;))
Imam Ibnu Al-Qayyim pernah ditanya oleh seseorang "bagaimana caranya untuk membuatkan diriku dicintai oleh seseorang?". Lalu Ibnu Qayyim menjawab, "cintailah Allah nescaya akan dihadiahkan seseorang yang juga mencintanya untuk dirimu".full stop.
zuss. haruslah tersentap liver ana tatkala membaca quote tersebut kan. ye mengaku minggu lepas2 dalam fatrah exam(bc: tak baik lah suka beralasan!), kefuturan menjengah. anyway alhamdulillah Allah bagi rasa pengalaman/perasaan itu supaya aku menjadi lebih bersyukur. lebih matang dan kenal diri sendiri(bc: dah buat ujian personality test? kalau belum sila cari buku tersebut dan buat ujian or minta mak2 antunna buatkan. suggested! :))
dan dah sedar, tanda2 aku tengah futur adalah, aku sukar sangat nak senyum dan suka marah2. sepert PMS gitu(bc: alasan lagi! PMS ke tak PMS ke, Allah dah kata orang2 Mu'min itu adalah yang mampu mengawal marahnya dan memaafkan orang lain pula![3:134])
dan alhamdulillah banyak sangat Allah datangkan bantuan keselamatan kepadaku. sukar diungkap dalam bahasa penulisan. semoga syukur hati semakin menjadi2 dan mekar berseri2 dari saat ke saat. usahakan, iAllah.. :)
P/S:
hati adalah bahagian utama perlu di jaga dipelihara dan diperhatikan kesuburannya. ia umpama akar. akar yang kering dan sakit atau mungkit berkulat mana mungkin melahirkan batang2 yang gemok dan sihat. mana mungkin dapat menyalurkan air dan nutrien dengan lancar ke seluruh dahan dan daun, makanya tiadalah bunga2 cantik+harum dan buah-buahan manis lagi enak yang akan terhasil. yang ada hanyalah apa? hanyalah dahan2+daun2 yang kekuningan dan membusuk. dan luruh menyembah bumi. mengotorkan sekeliling dan menyusahkan orang yang lalu lalang(ye. seperti yang berlaku di sekeliling rumah saya sekarang -.-'. maklumlah rumah tobiq ardhi kan? ;))itu lah perumpaan hati kita. hati yang sakit yang kering atau yang lesu, mana mungkin melahirkan melahirkan jasad yang bersemangat berlandaskan iman. mana mungkin melahirkan keinginan kepada perkara2 kebaikan. ye tak?( ke antunna semua ni baik saja? tak pernah mengalami hati yg gersang dan bosan? aka futur gitu. oh, sila lah bersyukur)
ada seorang ukhti pernah berkongsi,
"
dikisahkan dari sayyidah safiyah (ibu zubair awwam): seorang wanita datang bertemu Aisyah r.a lalu dia mengadu tentang hatinya yg keras dan kusut lalu Aisyah r.a menjawab perbanyakkan mengingati mati nnt akan lembut dan tenang hati kamu kemudian wanita tersebut mengamalkan apa yg disuruh dan kembali menemui Aisyah r.a dan mengucapkan terima kasih kerana hati dia sudah tenang"
=) menarik kan? cantik kan islam ni sebenarnya. tapi ramai yang malas nak mencari dan mengupas segala kecantikan, ubat-ubatan dan kemanisan yang terkandung dalam islam. yang Muslim tahu hanyalah mencari jalan mudah menyelesaikan masalah atau pun cara mudah mengisi masa lapang. maka dengan mudahnya juga lah semua itu akan larut dan meluput. yang kekal hanyalah segala yang datang dari Yang Maha Kekal, tak gitu?(haa siapa yang ajar saya cakap camni sila angkat tangan).
ambillah masa setiap hari membaca qur'an dengan hati, bayangkan dan fahamkan setiap ayat yang diselusuri. letak diri kita pada posisi ayat tersebut, seolah2 Allah tujukan khas buat kita. itu bezanya tadabbur dengan tafsir. dimana penafsiran memerlukan limpahan ilmu, kefahaman dan penguasaan bahasa arab yang sangat mantap. tapi tadabbur bisa saja dilakukan oleh setiap batang tubuh[47:24]. sekiranya tidak, zalimlah Allah kan. semua manusia berbeza IQ berbeza tahap pemikiran dan kemampuan belajar, menerima dan memahami.
dan tadabbur Allah kata apa? Allah kaitkan denga hati kan? sebab semua manusia punya hati yang sama(yang kita sendiri tidak tahu exactly kedudukannya. ada yang kata jantung-heart- dan sebagainya). tapi yang pasti, ia adalah seketul darah yang membentuk neraca kita[hadith 6]. baik ia, naiklah segalanya, buruk ia maka buruklah segalanya. dengan hati, seorang yang tidak tahu menulis/membaca pun mampu menangis, mampu tersentuh dan terasa. dengan hati, orang yang tidak belajar perubatan pun mampu merasa kesian terhadap orang sakit. seolah2 dia tahu segala mechanism yang sedang berlaku batang tubuh si pesaklit atau seolah2 dia rasa apa yang si pesakit sedang hadapi. tak gitu? kita punya hati yang sama. yang mana apabila terasa sedih menyebabkan kita menangis, apabila takut menyebabkan kita doa banyak2 dan alert. dan sebagainya..(ke ada yang apabila takut dia ketawa kuat? risau ana~). kita punya fungsi hati yang sama, cuma tahap sensitif yang berbeza. that's why kita kena sangat menjaga hati. dengan sebaik2 penjagaan dan rawatan.
ok kembali kepada soal tadabbur qur'an, percayalah tanpa antunna masuk ke pusat2 menghafal qur'an pun, iAllah al-qur'an tetap terbayang2 dalam minda antunna. tanpa antunna menghafal di kelas2 khas pun, kalamullah tetap melekat dalam hati antunna(still it needs hardwork right?kata islam itu hebat dan hanya boleh dipikul oleh orang2 yang hebat saja kan? so why not we grab the chance that Allah has given us. why not??? [57:16] kerna dengan mendidik hati, dengan rasa seronok dan 'izzah(bangga/agung) dengan al-qur'an lah yang dapat mendorong kita untuk terus baca dan tadabbur dan amal seterusnya menghafalnya dalam diri. itukan lebih baik daripada menghafal kerana 'nak hafal', tapi tak faham/tak rasa 'izzah dengan ayat2 Dia aka tak meresap dalam hati pun. yang ada hanya lah tensi sebab tak lancar/berbelit di lidah ye tak(in some circumstances). dari satu tahap ke tahap seterusnya.
Wallahu'alam. banyak pula. konon nak share quote teratas tu saja. inilah tandanya kita merancang namun Allah lah sebaik2 perancang. minta maaf segala salaahhh dan silaappp dalam sedar mahupun tidak. andai ada kekurangan, tegurlah. semoga kita sama2 memperbaiki. peace (",)
P/SS:
ops baru perasan panjang pula pesanan pertama tadi. ini yang kedua, doakan kami pelajar2 di jordan yang sedang dan bakal menempuh fatrah final exam next week. semoga tidak mengulang kesalahan2 lalu, dan peroleh mumtaz wa imtiyaz iAllah! berusaha semua berusaha!
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...ila akhir ayah"
[13:11]
"Dan carilah(pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia...ila akhir ayah"
[28:77]