Saturday, January 7, 2012

Puluhan Ribu Warga Homs, Suriah, Di Negeri Syam Berikrar Sambut Nashrull...

Bismillah

jom ambil tashji3 sikit, sebelum memulakan langkah2 untuk hari ini. tengok dengan hati sekejap bagaimana kuatnya keyakinan mereka dengan janji2 Allah..
sememangnya ujian itu suatu tazkirah buat mereka, juga buat kita yang berada di luar lingkaran kesengsaraan mereka.


"Allahumma a3ezna bel islam, wa a3ezzil islamu bina iAllah ameen..."

(ya Allah Kau agungkanlah-tinggikanlah- kami dengan islam, dan Kau agungkanlah-tinggikanlah- juga islam dengan kami)


Thursday, January 5, 2012

hari-hari

Bismillah

selawat dan salam ke atas junjungan besar muhammad s.a.w :)




ya, hari-hari punya cerita dan semangat baru. bila bersama bergerak, serius banyak juga belajar benda baru. nikmatnya bila kita hidup bukan nafsi2(ananiyah) :)


hari-hari ada yang memberi peringatan. ada yang memberi contoh. tanpa perlu bicara dia tetap memberi aku sesuatu(qudwah) :)


hari-hari ada adalah a gift daripada Dia, bilamana kita melihat dan berfikir(timbang-balik, erkk. ada ke perkataan ni? hmm) mengikut neraca iman, cinta dan rindu kpd Dia.


hari-hari juga adalah a test and a training yang menguatkan kita. sebab itu orang selalu cakap, "biar masa mengajar dia atau..masa akan mengubatinya"(memberi immunity?). sebab... banyak benda, yang lidah tidak mampu mengajarnya. yang penerangan tidak mampu menguraikan kekusutannya. ia perlukan pengamatan. ia perlukan perbandingan. maka buka lah hati kita, dan berilah peluang pada diri kita untuk bersabar dan sesekali menunggu pada jawapan. kerna tidak semua soalan bisa terus dijawab. tidak semua 'kepeningan'/'pergaduhan' adalah keburukan. boleh jadi ia adalah suatu yang sangatttt baik buat kita, pada masa hadapan! :)


hari-hari adalah peluang dan ruang untuk kita. a chance untuk insaf. untuk muhasabah dan berubah kepada yang lebih baik. sikit punnn jadi. walau hanya pada tahap mentality(idea/sudut pandang sesuatu) dan belum lagi tindakan. sebab...kefahaman itu yang lebih penting. kefahaman yang terpatri dari dalam, lantas membuahkan amal pergerakan. serius cakap. honestly, aku bersyukur sangat Allah sudi tarik aku dari segala lumut dan najis jahiliyah dahulu, alhamdulillah...dan untuk berubah itu bukan mudah, perlu mujahadah. sangat2.

dulu, tak sah kalau takda orang yang tak puas hati dengan aku. tak sah kalau umi tak cakap "ha nak jadi tarzan! balik nanti tunggu lah"(sebab suka menjerit2). atau, tak sah kalau tak buat onar di sekolah dulu. pecahkan alarm bomba la, masuk asrama lelaki la, outing sampai malam la, kena potong merit tu dah selalu.-dahsyat sangat- *sigh.(tapi itu semua time lower form la. sebab bila upper form, pengalaman lepas banyak mengajar dan membina pemikiran ku ketika itu. cakap apa? "alhamdulillah" tapi still banyak benda aku masih berhutang dgn sekolah. semoga Allah izin kan aku tebusnya kembali iAllah) :)


Jika kau tak mampu bersaing dengan para shalihin dalam 'amalnya; maka saingilah para pendosa dalam istighfarnya.
-Ibn Rajab-


hari-hari kita punya Dia. all in all, doa adalah senjata paling kuat kita. doa doa dan doa(ini doa dengan hati tau. bukan cincai bongcai je heh). seperti biasa, hati mesti dihidupakan. baru terasa nikmat segala. bi iznillah :)


alhamdulillah summa alhamdulillah...
terima kasih semua :)



p/s: actually nak cakap, terima kasih sangat2 Allah. tanpa Dia pilih aku, tak mungkin aku dapat mensyukuri dan merasai nikmt iman yang basah dan islam yang syumul itu. serius. best sangat kalau antunna/antum semua dapat selalu update isu semasa dan buat perbandingan/renungkan dengan diri kita sekarang...sedarlah, islam pasti akan naik. taghut takkan mampu bertahan lama. dan samada kita adalah antara mereka yang bersyukur dan sedar itu, atau kita yang hanya fikir diri sendiri, kita yang buat pilihan.

p/ss: sangat merindui Syiria and Mesir. semoga Allah izinkan aku utk ke sana lagi, berpeluang melihat kenaikan islam di sana iAllah. kenaikan islam keseluruhannya :)

p/sss: terima kasih sangat utk akak2 yg sangat pemurah nak sharing dgn kami ni. moga Allah redha antunna :)


"Di jalan cinta para pejuang, berbaktilah pada Allah dalam kerja-kerja besar da’wah dan jihad. Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban, menyeru pada iman. Larilah hanya menujuNya. Meloncatlah hanya ke haribaanNya. Walau duri merantaskan kaki. Walau kerikil mencacah telapak. Sampai engkau lelah. Sampai engkau payah. Sampai keringat dan darah tumpah. Maka kekhusyu’an akan datang kepadamu ketika engkau beristirahat dalam shalat. Saat kau rasakan puncak kelemahan diri di hadapan Yang Maha Kuat. Lalu kaupun pasrah, berserah..
Saat itulah, engkau mungkin melihatNya, dan Dia pasti melihatmu..sepenuh cinta."

salim a.fillah

satu hari tu, s'org uhkti share ini dengan saya. tatkala saya memang betul2 tengah panas and geram
(zuss! cair hati ana waktu tu. tertunduk malu dengan diri sendiri~). so tak tergoda lagi ke kauthar untuk bersyukur dan terus bersyukur? ;)


Dari Suhaib r.a, bahawa Rasul Allah s.a.w bersabda:

Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, kerana(ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana(ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.

(HR. Muslim)

Wednesday, January 4, 2012

bantulah jiwamu, ia perlukan tarbiyah

ya, aku juga turut terkedu.




p/s: hayati ayat2 Nya. sungguh menyentuh jiwa..

p/ss: ordinary student, extra-ordinary muslim(osem)

Monday, January 2, 2012

keindahan


Bismillah...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w :')




antara isi yang dipetik daripada buku Agar Bidadari Cemburu Padamu karangan Salim A.Fillah :


Aku bertanya, "Ya Rasul Allah. manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"

Beliau menjawab, "Wanita2 dunia lebih utama drpd bidadari2 seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita2 dunia lebih utama drpd bidadari?"

Beliau menjawab, " Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kpd Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.

Mereka berkata, "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi da tidak beranjank sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya"

(HR Ath Thabrani, dari Ummu Salamah)


*****


Dari Mu'adz ibn Jabal, ia Radhiyallahu 'anhu berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda, "tiada seorang isteri menggodai suaminya, melainkan bidadari calon isterinya(bg si suami) di syurga berkata: 'jangan ganggu dia, semoga Allah membunuhmu...ia hanya sementara ada di sisimu dan hampir meninggalkanmu untuk kembali kepada kami' "

(HR At Tirmidzi)


*****


"pada lintasan hidup kita, mencipta kecemburuan bidadari tidak hanya di saat suami sudah ada di sisi. ia dimulai dari awal masa taklif(pembebanan tugas dari Allah kepada hambaNya) sebagai wanita, atau bahkan jauh sebelumnya. Maka mempersiapkannya ketika di saat ini, berapapun usia anda, adalah langkah tepat yg memang seharusnya dilakukan.."

-quoted-



P/S: mode sedang berusaha menghabiskan buku tersebut sebelum start study GIS (so akhowat, jom sama2 tingkatkan pembacaan bahan2 bacaan luar skop pengkhususan kita yok! syukran utk mereka yang telah menasihati saya <3)

P/SS: berkongsi bukanlah atas rasa diri lebih baik lebih sempurna whatever. tapi kerana sayang dan sayanggg sangat2 kat semua akhowat/sahabat/saudara perempuan/wanita islam/muslimah dan yang sewaktu dengannya di luar sana. kita harapan siapa?(baca: sila jawab sendiri dengan hati). ayoh luruskan dengan islam(baca: menulis sambil mendengar lagu bangkitlah remaja islam, kan dan terkongsi lirik dia ;) )

P/SSS: thanks kak ira kerana secara tidak langsung telah mendorong saya untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu. semoga bermanfaat kepada semua. doakan kita sama2 dalam pelihara dan rahmat-Nya. menjadi wanita2 islam yang menguatkan, bukannya yang melemahkan.(doa sungguh2 tau!!) :)




i was first time listening to this song about 3weeks ago(i guess). PM by a sistah sitting next to me in the al-rantissi study room. tqvm for introducing me to the song. n thanks for everything too :)