selawat dan salam ke atas junjungan besar muhammad s.a.w :)
ya, hari-hari punya cerita dan semangat baru. bila bersama bergerak, serius banyak juga belajar benda baru. nikmatnya bila kita hidup bukan nafsi2(ananiyah) :)
hari-hari ada yang memberi peringatan. ada yang memberi contoh. tanpa perlu bicara dia tetap memberi aku sesuatu(qudwah) :)
hari-hari ada adalah a gift daripada Dia, bilamana kita melihat dan berfikir(timbang-balik, erkk. ada ke perkataan ni? hmm) mengikut neraca iman, cinta dan rindu kpd Dia.
hari-hari juga adalah a test and a training yang menguatkan kita. sebab itu orang selalu cakap, "biar masa mengajar dia atau..masa akan mengubatinya"(memberi immunity?). sebab... banyak benda, yang lidah tidak mampu mengajarnya. yang penerangan tidak mampu menguraikan kekusutannya. ia perlukan pengamatan. ia perlukan perbandingan. maka buka lah hati kita, dan berilah peluang pada diri kita untuk bersabar dan sesekali menunggu pada jawapan. kerna tidak semua soalan bisa terus dijawab. tidak semua 'kepeningan'/'pergaduhan' adalah keburukan. boleh jadi ia adalah suatu yang sangatttt baik buat kita, pada masa hadapan! :)
hari-hari adalah peluang dan ruang untuk kita. a chance untuk insaf. untuk muhasabah dan berubah kepada yang lebih baik. sikit punnn jadi. walau hanya pada tahap mentality(idea/sudut pandang sesuatu) dan belum lagi tindakan. sebab...kefahaman itu yang lebih penting. kefahaman yang terpatri dari dalam, lantas membuahkan amal pergerakan. serius cakap. honestly, aku bersyukur sangat Allah sudi tarik aku dari segala lumut dan najis jahiliyah dahulu, alhamdulillah...dan untuk berubah itu bukan mudah, perlu mujahadah. sangat2.
dulu, tak sah kalau takda orang yang tak puas hati dengan aku. tak sah kalau umi tak cakap "ha nak jadi tarzan! balik nanti tunggu lah"(sebab suka menjerit2). atau, tak sah kalau tak buat onar di sekolah dulu. pecahkan alarm bomba la, masuk asrama lelaki la, outing sampai malam la, kena potong merit tu dah selalu.-dahsyat sangat- *sigh.(tapi itu semua time lower form la. sebab bila upper form, pengalaman lepas banyak mengajar dan membina pemikiran ku ketika itu. cakap apa? "alhamdulillah" tapi still banyak benda aku masih berhutang dgn sekolah. semoga Allah izin kan aku tebusnya kembali iAllah) :)
Jika kau tak mampu bersaing dengan para shalihin dalam 'amalnya; maka saingilah para pendosa dalam istighfarnya.
-Ibn Rajab-
-Ibn Rajab-
hari-hari kita punya Dia. all in all, doa adalah senjata paling kuat kita. doa doa dan doa(ini doa dengan hati tau. bukan cincai bongcai je heh). seperti biasa, hati mesti dihidupakan. baru terasa nikmat segala. bi iznillah :)
alhamdulillah summa alhamdulillah...
terima kasih semua :)
p/s: actually nak cakap, terima kasih sangat2 Allah. tanpa Dia pilih aku, tak mungkin aku dapat mensyukuri dan merasai nikmt iman yang basah dan islam yang syumul itu. serius. best sangat kalau antunna/antum semua dapat selalu update isu semasa dan buat perbandingan/renungkan dengan diri kita sekarang...sedarlah, islam pasti akan naik. taghut takkan mampu bertahan lama. dan samada kita adalah antara mereka yang bersyukur dan sedar itu, atau kita yang hanya fikir diri sendiri, kita yang buat pilihan.
p/ss: sangat merindui Syiria and Mesir. semoga Allah izinkan aku utk ke sana lagi, berpeluang melihat kenaikan islam di sana iAllah. kenaikan islam keseluruhannya :)
p/sss: terima kasih sangat utk akak2 yg sangat pemurah nak sharing dgn kami ni. moga Allah redha antunna :)
satu hari tu, s'org uhkti share ini dengan saya. tatkala saya memang betul2 tengah panas and geram(zuss! cair hati ana waktu tu. tertunduk malu dengan diri sendiri~). so tak tergoda lagi ke kauthar untuk bersyukur dan terus bersyukur? ;)
Dari Suhaib r.a, bahawa Rasul Allah s.a.w bersabda:
“Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, kerana(ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana(ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.”
(HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment