Wednesday, September 29, 2010

2 years old baby, what is the capital of israel?

Bismillah,
si kecil kita suatu hari nanti ?
enshaAllah !

ilham Dia kepada dia..

Bismillah,

"Salah satu barakah hidup bersama orang-orang soleh adalah, mereka sentiasa mampu memberi nasihat dan pencerahan hati bagi orang yang duduk bersamanya."

-saudara WAS-

tsabbit qulubana ya Allah...


kerana dakwah ini KITA tanggung bersama
Oleh: Izzat Hafifie


syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie

daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan

menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekimu yang melimpah ruah

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.

sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.

biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.

rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti

kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati

mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh

kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu


medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…


alhamdulillah, terima kasih teman..

p/s : C & P :)


.

Friday, September 17, 2010

untuk apa U * * * H ?

Bismillah...

entry yg ringkas dan mudah difahami, mari kita baca ^__^

C & P dr http://hikari2211.wordpress.com/2010/04/30/adik-usrah-za-chem/


Salam

Semua orang nak Islam menang.

Adik pon mesti nak Islam menang kan…

Kita semua mengidamkan sebuah dunia yg penuh dengan keamanan dan cinta..

Dunia di mana Islam tidak ditindas sebaliknya menjadi ikutan..

Dunia di mana semua org pakat ramai2 nak masuk Islam..

Dunia di mana semua sistem politik, ekonomi dan sosial berteraskan undang2 Allah…

Dunia di mana Allah disembah dengan selayak2nya Dia disembah..

Dunia di mana kalau seorang muslimah kena kacau sket je, terus khalifah dan tenteranya datang utk membela…

Best kan?..

Itulah Ustaziatul Alam (world order) impian kita…

Tapi untuk mencapai ustaziatul alam bukannya mudah…

Ia bermula dari akar segala akar.

Masakan menanam buah mempelam akan mendapat buah durian.

Ia merupakan satu tabii natural yg akan terjadi sendiri apabila syarat2 tertentu dipenuhi.

Ada peringkat2 yang perlu dilalui. Ada tahap2 yang perlu dilepasi.

Itulah 7 muratib amal – individu muslim, baitul muslim, masyarakat muslim, kerajaan islam, daulah islam, empayar islam dan ustaziatul alam:-

Ia bermula dengan unit paling kecil – Individu Muslim yang terhasil selepas melalui proses pentarbiyahan.

Hmm kat mana plak nak tarbiyah individu muslim ni?….

Kat mana lagi kalo bukan usrah! =)

Setuju enggak?

hehe

Tapi tunggu…

Tak semua yg masuk usrah kompem individu muslim tau.

Tarbiyah itu satu proses.

Dan setiap proses ada requirement untuk menentukan proses itu berjalan/berhasil atau tidak.

Itulah 10 muwosafat tarbiyyah yg kita selalu dengar tuh..

wokeh adik2ku,

skang dah faham kenapa kita usrah?

kalo ade usrah, mesti ada islah (perubahan)..

kalo takde islah, maknanye xde usrah la tu..or usrah yg xde maknanye… (dush!) (T_T)

huhu

wallahualam~

Thursday, September 16, 2010

R * * * U

Bismillah


rindu..


perasaan yang pasti sering dirasai setiap yang bernyawa

tidak kira kepada siapa atau apa,

bila atau di mana,

sekuat mana kehangatan dan kesannya,

yang jelas dan semestinya, ia hadir bukanlah dengan paksaan,

tp ikhlas mengalir dari hati yang satu...



keseorangan benar2 menguji iman

benar2 menguji kebergantungan kita pada Dia

benar2 melatih disiplin askari diri

semoga aku kuat enshaAllah !



semakin menghampiri ke saat itu,

pasti perasaan yang satu ini timbul,tanpa dipinta tanpa diseru,

ia hadir menemaniku

huh sabar kauthar sabar !


salam sayang buat keluarga, saudara mara dan sahabat handai di malaysia
mohon maaf atas segala salah silap dalam sedar mahupun tidak
halalkan makan minum ilmu dan segala hak yang telah diambil
kullu 'am wa antum bikhair... :)



RINDU ORANG SELAYANG, SEKIAN [away]



meine familie <3


meine bruder, ahmah mujahid enshaAllah sehebat namanya di sini dan di sana


mujahid kata dia comel dlm pic nih. yaks


nih lagi comel kot, mcm 'senget' sket... :D


tabung derma, permainan kanak2 sekarang. bagos bukan~


tok wan dan syababss


pak cik jack yg sgt penyabar dgn kami !
semoga Allah mengasihi pak cik jack enshaAllah :)


sejemput yang ada :p


beginilah bila adik2 sudah bosan. makanya msg akan masuk untuk dibawa berjalan2
^__^


ashabul kahfi
*3rd visit, 1st time as a tour guide, sgt zu'*


p/s : TQ k eman, ilham n ajmal for all the pictures =)

Monday, September 13, 2010

by SY

bismillah


touch our hearts n strenghten our souls o Allah...

for you, Here Your Call by Sami Yusuf ...

morning reminder

bismillah


I became convinced in four things (i.e. that these four things penetrated my heart) :

~ I am convinced that no one else will eat the provision Allah has decreed for me, so I am content.

~ I am convinced that no one else is going to do good works except me, so I am busy doing them myself.

~ I am certain death shall come unexpectedly, so I am busying myself in expectation of it.

~ I am certain I shall never escape the sight of Allah, so I am shy to disobey Him while He is watching.


- Hatim al-Asum (RA)-

jzkk to all sisters ^__^

by PC

bismillah



isnin, 13/9/2010

irbid dirasakan semakin sejuk dari hari ke hari

huh menandakan syita sudah tidak lama lagi

dikala senja yg bakal menampakkan diri

ditemani si molek azah, "kita harus berlari !"

dan buat teman2 skalian kuhadiahkan musical ini


The Man Who Chose to Smile oleh Paul Collier..



bagi yang bakal melangkah ke medan peperangan esok,

bettawfeq w najah !





Saturday, September 11, 2010

R.U.J not RJ

Bismillah..

sedang dia membelek2 dan menyusuri bait2 Penciptanya, tiba2 matanya melirik pada satu ayat cinta yang macam pernah dilihat suatu masa dahulu. ini mesti kes dah lama tidak mengulangkaji 'surat' daripada Dia! menyebabkan dia seolah-olah baru saja dipertemukan dengan ayat itu. benar2 menyentuh hatinya.., kerisauan timbul tanpa dipinta. "Jauhkanlah aku dari semua ini ya Allah" bicara hati kecilnya..


diulang lagi membaca ayat yang mafhumnya,

"...janganlah kamu sekali2 terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam(mentaati) Allah"
[31:33]

bicara itu menggerunkan dia. sungguh. terasa seolah2 Penjaganya sedang menujukan kata2 itu lurus dan tepat pada wajahnya. "Ampunkan aku ya Allah", hanya istighfar yang mampu dilakukan tika ditegur oleh Dia.

Setelah redha kegusaran di hati, setelah usai solat zohor didirikan, rintihan diluahkan, teringat dia akan pelbagai tindakan yang telah dia lakukan. Apakah selama ini amalannya ikhlas hanya kerana Dia ? harapannya menggunung semoga ia diterima sebagai tanda rasa syukur seorang hamba di sisi Penciptanya enshaAllah...

Teringat dia akan pesanan seniornya, manusia ini fitrahnya sangat suka akan kebaikan. Cuma kadang-kala tompokan hitam di hati yang mengaburi pilihan yang dibuat. Kadangkala tompokan itu juga mengganggu niat asal dalam pada beramal. Kadangkala hati kepingin untuk melakukan segala yang dirasa baik dan bermanfaat, tapi apakah benar ia bermanfaat ? Diam sebentar, cuba muhasabahkan...

Tazkirah kakaknya suatu waktu dahulu terbit di minda.

"Kalau nak lakukan sesuatu pastikan ada R, U dan J. Mesti ada peningkatan dalam setiap aspek itu, R untuk rohani, U untuk ukhuwwah dan J untuk jasmani. Kalau tiada R U J, usah dilakukan", bicara si kakak. "Subhanallah...terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan seorang kakak yang tidak pernah lokek dengan perkongsian hidup", monolog dia.


Peringatan itu menarik dia untuk bermuhasabah seketika...mungkinkah masanya berhijrah dari rumah ke rumah semalam memberi impak pada R U J nya? Harapannya begitulah... Semoga ziarah-menziarahi dan takbir dari rumah ke rumah bisa merapatkan lagi ukhuwwah dia dengan masyarakatnya. Semoga perjalanan satu hari dengan kaki yang dipinjamkan Dia meningkatkan lagi ketahanan jasmaninya enshaAllah..semoga setiap saat yang berlalu dengan mengingati Dia dan kesabaran yang disentuh menambahkan lagi keimanan dia pada yang Satu. enshaAllah....

dan semoga kefahaman yang diterimanya juga bisa difahami oleh orang lain enshaAllah... harapan dia semoga mereka di luar sana turut sama2 memperingatkan. andai satu tindakan yang diambil itu hanya melalaikan, hanya menghiburkan hati buat sementara, atau mungkin boleh menjerumuskan diri ke lembah fitnah, harapannya agar sama2 lah dijauhi. takut andai dirinya sendiri yang melakukan, istiqamah itu susah untuk dicapai. bak kata temannya, "istiqamah sangat mudah dilafaz tp amat susah diaplikasikan". nastaghfirullah, tsabbit qulubana ya Allah...

pesan dia, "kawan2, mari kita usahakan untuk aplikasi kelebihan R U J dalam setiap tindakan kita. kalau setakat nak komen2 di fb, komen2 yang kosong, tinggalkanlah...kalau setakat nak berbual basi antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang keperluan mendesak, jauhkanlah. kerna ia sangat memberi kesan pada hati kita." tuturnya serius.


p/s :
1. terima kasih fafau kerna memberi pinjam lp kamu.*umah kino n the geng~*
2. sori kino n fafau, pesanan supaya aku belajar sementara ketiadaan mereka telah disalahgunakan seketika. sekejap je weh, gatal sgt tgn ni hehe :D
3. fafau memang baik, die selalu suruh saya belajar betul2.selalu nak check dah blajar smpi mana.. terima kasih okeh.walau sye suke curi2 tulang buat mende lain haishh =.=!
4. bakal mengambil takmili immune 22hb ni, doakan kami semua...semoga ada doa2 di antara kita semua yang diperkenankan Dia enshaAllah...






Thursday, September 9, 2010

tonight

syiria taught me something
-khalid ibn al-walid mosque-


in the name of Allah the most Gracious the most Merciful
thank Allah to let me survive till this point of life

at this moment i'm alone in my well-arranged bedroom :p
accompanied by mishari-rashid reciting suurah from the holy qur'an,
it really soothes me, again missing umi abah, my sisters n brothers, all relatives in penang and n9 :)
tok n tok wan, may Allah preserve them as how hard they were struggling to bring up my parents long time ago
my cutie cousins, aunties n uncles..
all n all

n hey, if u read this, i wanna say that i miss u guys...
my huggable sisters n little cousins, friendly grandsons of tok man, jokeable auntiess n unclesss in kepala batas i know u were busying preparing meals for raya...
n of course the hectic+loving atmosphere in nan's food court with those large vats n 'baharott' :D
hope all these things would make us closer enshaAllah :))

pff pls keep 2 containers of winter sonata for me, i'll pay for them during ths becoming eidul adha can i ? hehe =)
reminiscing those sectors in my life have always drawn sudden smile on my face ^__^!


but huh
can i say that tonight i've no mood to celebrate raya ? ouh i know it's bad
but as usual i always be the one who can't appreciate something given to me at the right time it should be
just few days before ramadhan coming to its end that i realized how preciousss ramadhan was n my achievement for this holy month was soo bad, wasn't suit with everything He has given to me, disappointed with myself..
and it ends up with such a deep regretfulness somewhere inside my heart
astagfirullah
may He bless me to once again say salam to the holy month ramadhan enshaAllah

and last but not least,


wishing every muslim 3eed sa3eed mubarok!
kol 3m w ento be2lf 5air ensha2allah...
Allah ma3kom, ma3as salamah wa illal liqa..


p/s : i hate that i still couldn't able to appreciate something infront of me. pls lah kauthar! open ur eyes!

indicator





Bismillah


Manusia,

seringkali dilalaikan dengan hiburan semata

atau mungkin kekayaan yang melanda

ada orang, yang berlagak dengan harta wang pangkat yang dimiliki

ada pula, yang berbangga dengan ilmu yang diperolehi

tapi sampai bilakah kesemua ini ingin dirasai ?

adakah kesedaran nilai kehidupan itu hanya datang setelah berada di hadapn Ilahi ?

ada manusia, yang jauh dr landasan dan tujuan hidupnya di dunia sementara ini

ada orang yang faham dan bergerak menjalankan tugas dia berada di alam ini, alhamdulillah

ada pula yang tahu, mungkin pernah diberi pencerahan, tapi malangnya mungkin belum tiba masanya untuk bergerak , hidayah memang benar milik Dia

kakakku sering mengingatkan aku apakah sebab aku berdiri sekarang,

diberikan Dia roh dan jasad,

sudah pasti untuk menjalankan misi yang dua


1 ) beribadah kepada Allah
"tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [51:56]

2 ) menjadi khalifah
"...aku hendak mejadikan khalifah di muka bumi..."[2:30]



seringkali aku bertanya,

bagaimana bisa hati ini sentiasa tenteram dan tenang

bagaimana mungkin untuk merasa cukup dengan segala yang ada

apakah petunjuk bahawa Dia menyayangi aku dan teman2 ku

agar dengan kasih sayang itu, mampu lah aku berasa damai...


alhamdulillah akhirnya aku diketemukan dengan jawapannya,

yang pada aku, boleh menjadi indikator ku dalam pelbagai aspek dan urusan


kata kakak ku,

tanda Allah sayang akan kita, diberikan Dia pada kita kefahaman agama, bukanlah kefaham pada ilmu agama itu, bukanlah dengan wang yang banyak, masa yang banyak, rumah yang besar, adik-beradik comel2 yang ramai, suami isteri yang cantik tertarik, kejayaan dalam setiap peperiksaan dan sebagainya. bukanlah itu semua yg menandakan Allah sayang pada kita, tp kefahaman agama yang menjadi ukurannya...


عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من يرد الله خيرا يفقهه في الدين ))
صحيح البخاري ومسلم


maksud matan hadith : sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, diberikan dia kefahaman agama..



see, nabi sendiri telah berkata begitu...jika rupa fizikal yg menjadi penanda aras kasih sayang Allah pada kita, zalim lah Allah...habis kalau orang tu banyak penyakit ? adakah Allah x sayang pd dia ? kalau orang itu lampi, lembap ? adakah Allah tidak sayang pada dia...? dan pastinya itu semua bukanlah indikator kasih sayang Dia pada kita...



beberapa min saja lagi sebelum Ramadhan tahun ini berlalu meninggalkan kita,

marilah kita sama2 panjatkan doa,


اللهم فقهنا في الدين وعلمنا التأويل وجعلنا من عبادك الصالحين

"ya Allah Kau kurniakanlah kepada kami kefahaman agama dan Kau ajarkanlah kepada kami ilmu takwil dan jadikanlah kami di kalangan hamba2Mu yang soleh

enshaAllah, ameen...



Allah wa Rasul A'lam



p/s : sedihnya ramadhan sudah makin hampir detik pemergiannya. semoga dipertemukan lagi pada tahun akan datang enshaAllah...








oh..di situlah silapnya..

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.

Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong."Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini.." Najwa mengeluh sendirian.Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal"

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain engkau)"

Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu "bench" di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan". Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat "excited" kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, "Best la tazkirah kak Najwa..."

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.Najwa tersentak... Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

"Oh.. di situlah silapnya... Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak.... Ya Allah, benar-benar kali ini... Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan... Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku"

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan "dakwah"nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..

"Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?"Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar... Dia telah melupakan dirinya sendiri. "Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata," Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.Najwa terkedu.

"Hah! Termenung apa tu!" Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

"Awak ni, terkejut saya tau!" Najwa mencebik.

"Alah.. maaflah.. Assalamualaikum" Hayati tersengih sambil beri salam.

"Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak" Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, "Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).

Hayati senyum, "Alhamdulillah.. Alhamdulillah... I hope to stay in Ramadhan all the time!"

Najwa sambung lagi, "Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!"

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. "Err... Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah"

"Surah Al Ma'un ayat 4-5."

"Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?" Hayati buat soalan KBKK pula.

"Alah, mana la saya tau... Awak citer je la" Najwa malas nak fikir.

"Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap "iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka".. "Kalau tengok perkataan Arab 'an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela"

"Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma'ruf nahi mungkar... Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?" Hayati berkata.

Najwa tertunduk. "Jazakillah ukhti..."

Hayati berkata, "Awak ni cam ade problem je......"

Najwa melarikan pandangannya, "Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat."

Hayati berkata lagi, "Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, "sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk"

"Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman "wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu"

You know what, Najwa...Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah" Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah


http://dakwah.info/bekal-dakwah/cerpen-sempena-ramadhan/

Sunday, September 5, 2010

bicara Dr. Farhan Hadi..








hoh, sambungan ringkas post sebelum...
[mood baru baca Denyut Kasih Medik ^_^!]

lebih lanjut di sini, :)
http://umwirdani.blogspot.com/2010/08/book-reviews-denyut-kasih-medik.html





Friday, September 3, 2010

life partner


Bismillah...

semakin banyak aku melangkah dari satu profile ke satu profile,
semakin aku rasa tidak keruan,
apakah ?
ke manakah hilangnya selendang malu yang sepatutnya membaluti seketul daging dalam jasadmu itu.
rasa terkilan dan malu bertunas pantas dalam diri...

mengapa begitu...

mengapa kau sanggup meluahkan bait2 bicara yang selayaknya didengari imam halal bagimu sahaja?
mengapa kau sanggup meperlihatkan mutiara mahal yang hanya milik pasanganmu hingga ke syurga itu?
bagaimana sanggup dikau bertindak umpama si dia lah kehidupan mu, temanmu dalam dan luar, umpama dia lah teman yang selayaknya bagimu sedangkan hak kepada mereka yang sejantina denganmu masih belum tertunai..

na3uzubillah ya rabb
ampunkan kami ya Allah...

katamu, kau sayang akan dia,
"semoga berkekalan sehingga ke syurga,
kalau berpisah juga, aku redha sebab setiap yang Dia tetapkan pasti ada hikmahnya"

bagaimana bisa kau bicara sebegitu,
sedangkan tindakan mu tidak menunjukkan kau redha dgn ketetapan Dia,
sedari awal kau sudah mengambil tindakan sendiri tanpa izin Dia..

tidakkah kau sedar, andai kau sayang akan dia, bukan itu caranya...
mahukah kau lihat zuriat penyambung generasi ummah ini rosak,
bagaimana mungkin pokok yang dijangkiti virus mengeluarkan buah-buahan yang segar sihat,
melainkan ia telah dirawat terlebih dahulu...

jika kau sayangkan dia,
jaga lah dirimu nescaya dia juga akan menjaga dirinya,
usah bimbang akan dia andai engkau memelihara kemaluanmu,
kerna dia juga pasti diberikan pakaian malu itu oleh Dia yang mencipa kalian..



Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.

[ http://wanitajimceria.blogspot.com/2005/06/lelaki-yang-baik-untuk-wanita-yang.html ]


sekadar berkongsi rasa hati,
kerna pintu meinsafan itu sentiasa terbuka..
bagaimana kau lihat temanmu,
atau paling jelas adik-beradik dan ibu bapa mu mampu memaafkan segala kesalahanmu,
Dia lebih3 lagi...
Dia yang lebih mengetahui kita [50:16],
Dia yang HENDAK menggerakkan hati2 mereka memaafkan kita,
sudah pasti Dia lebih3 pemaaf...

bukan hak aku untuk menghukum atau mengherdik,
kerna aku juga manusia yang berbolak-balik hatinya seperti kamu..
semoga kita sama2 dalam jagaan-Nya,
berpimpin tangan menuju taman Dia yang abadi enshaAllah...
ameen...

maafkan aku teman,
byt khadijah khuwailid,
duwwar qubbah, irbid
jordan...







Thursday, September 2, 2010

today's mood~

Bismillah


HEALING
by Sami Yusuf


It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it’s ok
لكن اعتقادي

Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني

There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that’s calling
ينادي

It’s calling you and I
يناديني ويناديك

It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى



Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء


Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It’s Nature’s order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى



Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء


Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى


OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً



http://www.youtube.com/watch?v=Tug63dI4MEY

p/s : 2 in 1, english n arabic, let's we practice make perfect! ^__^
enshaAllah!
thnx to miss umairah for introducing such a nice song to me. syukran katir!

Wednesday, September 1, 2010

maqbul Dia..




Bismillah..

Aku suka menulis, tp x suka bilamana ak rasa setiap kali menulis mesti mengambil masa yang lama, untuk pasti kan kata-kataku bermanfaat, mungkin...bimbang andai kata-kata(penulisan) sia2 semata bagi si pembaca..bimbang akan dipersoalkan di sana nanti..

Semalam dengan izin Dia, aku berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Queen Alia Airport...fuhh tempat yang menyimpan kenangan dan memori tidak ternilai dalam lipatan sejarah hidupku. Sangat bernilai. Mana mungkin aku memperolehinya di tempat lain, momken...?

Tempat yang menjerumuskan aku dan teman-teman ke lembah yang penuh dengan kekalutan dan ujian, bermain dengan masa, wang, iman dan sebagainya. Benarlah sabar itu sesuatu yang indah dan menenangkan..Allah itu Maha Berkuasa, aku hanya hamba Dia yang bisa dilakukan apa saja. Aku redha dan bersyukur di berikan peluang untuk merasa semua itu. Sungguh, kini setelah berada di luar jangka waktu itu, baru aku merasa akan betapa manisnya 'madu' yang telah hadiahkan. Sentiasalah berlapang dada dan bersangka baik kpd Allah, sesuatu perkara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah...

Terima kasih tidak terhingga buat sahabatku Fatrina yang kini sedang dalam perjalanan pulang ke Perancis bagi meneruskan perjuangan di sana, menjalankan tanggungjawab dan tujuan kehidupan dia di bumi tuhan ini. Semoga lancar dan mudah segala urusan dan selamat sampai di sana. Yup semestinya beban yang besar menanti di sana di samping batu-batuan untuk dikaji dan dipelajari..Sungguh, banyak yang telah aku pelajari dari dia. Mungkin tak terluah untuk diucapkan, tak terlayak digambarkan dengan penulisan, namun tak berlebihan untuk aku katakan kau sedikit sebanyak telah mengetuk hati ini untuk bergerak, bukan semata tasik...tasik? yup tasik! Kenapa tasik? Yup 2 kali baca mst dapat jawapannya. bagos~

Masih terngiang di pendengaran akan antara bait-bait terakhir beliau(nih dah edit2 sket~) sebelum terbang pulang pada malamnya,

"Allah itu Maha Adil. Segala doa kita pasti akan dimaqbulkan, tidak di dunia, pasti di akhirat kelak. Ada yang doanya dimaqbulkan dalam sekelip mata, alhamdulillah..Ada pula yang Dia lewatkan kerana itu bukan waktu terbaik untuk diberikan. Allah beri pada kita segala yang terbaik buat kita tepat pada waktunya. Cumanya kita bermain dengan masa saja...Bersangka baiklah pada Allah.."


Hadith Qudsi, Allah berfirman "wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu"


Semoga di hari-hari terakhir bulan barakah ini, keampunan Dia menjadi pakaian kita semua enshaAllah...