Wednesday, September 1, 2010

maqbul Dia..




Bismillah..

Aku suka menulis, tp x suka bilamana ak rasa setiap kali menulis mesti mengambil masa yang lama, untuk pasti kan kata-kataku bermanfaat, mungkin...bimbang andai kata-kata(penulisan) sia2 semata bagi si pembaca..bimbang akan dipersoalkan di sana nanti..

Semalam dengan izin Dia, aku berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Queen Alia Airport...fuhh tempat yang menyimpan kenangan dan memori tidak ternilai dalam lipatan sejarah hidupku. Sangat bernilai. Mana mungkin aku memperolehinya di tempat lain, momken...?

Tempat yang menjerumuskan aku dan teman-teman ke lembah yang penuh dengan kekalutan dan ujian, bermain dengan masa, wang, iman dan sebagainya. Benarlah sabar itu sesuatu yang indah dan menenangkan..Allah itu Maha Berkuasa, aku hanya hamba Dia yang bisa dilakukan apa saja. Aku redha dan bersyukur di berikan peluang untuk merasa semua itu. Sungguh, kini setelah berada di luar jangka waktu itu, baru aku merasa akan betapa manisnya 'madu' yang telah hadiahkan. Sentiasalah berlapang dada dan bersangka baik kpd Allah, sesuatu perkara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah...

Terima kasih tidak terhingga buat sahabatku Fatrina yang kini sedang dalam perjalanan pulang ke Perancis bagi meneruskan perjuangan di sana, menjalankan tanggungjawab dan tujuan kehidupan dia di bumi tuhan ini. Semoga lancar dan mudah segala urusan dan selamat sampai di sana. Yup semestinya beban yang besar menanti di sana di samping batu-batuan untuk dikaji dan dipelajari..Sungguh, banyak yang telah aku pelajari dari dia. Mungkin tak terluah untuk diucapkan, tak terlayak digambarkan dengan penulisan, namun tak berlebihan untuk aku katakan kau sedikit sebanyak telah mengetuk hati ini untuk bergerak, bukan semata tasik...tasik? yup tasik! Kenapa tasik? Yup 2 kali baca mst dapat jawapannya. bagos~

Masih terngiang di pendengaran akan antara bait-bait terakhir beliau(nih dah edit2 sket~) sebelum terbang pulang pada malamnya,

"Allah itu Maha Adil. Segala doa kita pasti akan dimaqbulkan, tidak di dunia, pasti di akhirat kelak. Ada yang doanya dimaqbulkan dalam sekelip mata, alhamdulillah..Ada pula yang Dia lewatkan kerana itu bukan waktu terbaik untuk diberikan. Allah beri pada kita segala yang terbaik buat kita tepat pada waktunya. Cumanya kita bermain dengan masa saja...Bersangka baiklah pada Allah.."


Hadith Qudsi, Allah berfirman "wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu"


Semoga di hari-hari terakhir bulan barakah ini, keampunan Dia menjadi pakaian kita semua enshaAllah...

2 comments:

  1. Salam.
    Nice post.Tq atas perkongsian..
    Memang kadang2 rasa 'bebai' bila terfikir hajat tak dimakbulkan Allah.Ada hikmah semua tu..Ia dimakbulkan,insya Allah..

    Cuma tak tahu,bila...cepat atau lambat..

    ReplyDelete
  2. Wasalam.
    Sama2, semoga berfaedah buat semua.
    Memang ujian..
    tp enshaAllah kita akan kuat setiap kali bersangka baik pada Dia..

    ReplyDelete