Saturday, September 11, 2010

R.U.J not RJ

Bismillah..

sedang dia membelek2 dan menyusuri bait2 Penciptanya, tiba2 matanya melirik pada satu ayat cinta yang macam pernah dilihat suatu masa dahulu. ini mesti kes dah lama tidak mengulangkaji 'surat' daripada Dia! menyebabkan dia seolah-olah baru saja dipertemukan dengan ayat itu. benar2 menyentuh hatinya.., kerisauan timbul tanpa dipinta. "Jauhkanlah aku dari semua ini ya Allah" bicara hati kecilnya..


diulang lagi membaca ayat yang mafhumnya,

"...janganlah kamu sekali2 terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam(mentaati) Allah"
[31:33]

bicara itu menggerunkan dia. sungguh. terasa seolah2 Penjaganya sedang menujukan kata2 itu lurus dan tepat pada wajahnya. "Ampunkan aku ya Allah", hanya istighfar yang mampu dilakukan tika ditegur oleh Dia.

Setelah redha kegusaran di hati, setelah usai solat zohor didirikan, rintihan diluahkan, teringat dia akan pelbagai tindakan yang telah dia lakukan. Apakah selama ini amalannya ikhlas hanya kerana Dia ? harapannya menggunung semoga ia diterima sebagai tanda rasa syukur seorang hamba di sisi Penciptanya enshaAllah...

Teringat dia akan pesanan seniornya, manusia ini fitrahnya sangat suka akan kebaikan. Cuma kadang-kala tompokan hitam di hati yang mengaburi pilihan yang dibuat. Kadangkala tompokan itu juga mengganggu niat asal dalam pada beramal. Kadangkala hati kepingin untuk melakukan segala yang dirasa baik dan bermanfaat, tapi apakah benar ia bermanfaat ? Diam sebentar, cuba muhasabahkan...

Tazkirah kakaknya suatu waktu dahulu terbit di minda.

"Kalau nak lakukan sesuatu pastikan ada R, U dan J. Mesti ada peningkatan dalam setiap aspek itu, R untuk rohani, U untuk ukhuwwah dan J untuk jasmani. Kalau tiada R U J, usah dilakukan", bicara si kakak. "Subhanallah...terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan seorang kakak yang tidak pernah lokek dengan perkongsian hidup", monolog dia.


Peringatan itu menarik dia untuk bermuhasabah seketika...mungkinkah masanya berhijrah dari rumah ke rumah semalam memberi impak pada R U J nya? Harapannya begitulah... Semoga ziarah-menziarahi dan takbir dari rumah ke rumah bisa merapatkan lagi ukhuwwah dia dengan masyarakatnya. Semoga perjalanan satu hari dengan kaki yang dipinjamkan Dia meningkatkan lagi ketahanan jasmaninya enshaAllah..semoga setiap saat yang berlalu dengan mengingati Dia dan kesabaran yang disentuh menambahkan lagi keimanan dia pada yang Satu. enshaAllah....

dan semoga kefahaman yang diterimanya juga bisa difahami oleh orang lain enshaAllah... harapan dia semoga mereka di luar sana turut sama2 memperingatkan. andai satu tindakan yang diambil itu hanya melalaikan, hanya menghiburkan hati buat sementara, atau mungkin boleh menjerumuskan diri ke lembah fitnah, harapannya agar sama2 lah dijauhi. takut andai dirinya sendiri yang melakukan, istiqamah itu susah untuk dicapai. bak kata temannya, "istiqamah sangat mudah dilafaz tp amat susah diaplikasikan". nastaghfirullah, tsabbit qulubana ya Allah...

pesan dia, "kawan2, mari kita usahakan untuk aplikasi kelebihan R U J dalam setiap tindakan kita. kalau setakat nak komen2 di fb, komen2 yang kosong, tinggalkanlah...kalau setakat nak berbual basi antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang keperluan mendesak, jauhkanlah. kerna ia sangat memberi kesan pada hati kita." tuturnya serius.


p/s :
1. terima kasih fafau kerna memberi pinjam lp kamu.*umah kino n the geng~*
2. sori kino n fafau, pesanan supaya aku belajar sementara ketiadaan mereka telah disalahgunakan seketika. sekejap je weh, gatal sgt tgn ni hehe :D
3. fafau memang baik, die selalu suruh saya belajar betul2.selalu nak check dah blajar smpi mana.. terima kasih okeh.walau sye suke curi2 tulang buat mende lain haishh =.=!
4. bakal mengambil takmili immune 22hb ni, doakan kami semua...semoga ada doa2 di antara kita semua yang diperkenankan Dia enshaAllah...






4 comments:

  1. `KAUTHAR` menarik...ringkas..padat... terima kasih sudi berkongsi.... insyaALLAH akan diperbaiki kekurangan y d lakukan.. smg kite sme2 mendapat manfaatnya..teruskan usha...kongsi lg bnyk2 ek...akak xde blog2 nie... jd tagged jeh kt fb..insyaALLAH akak bc.... tq, dh lame kurang tazkirah dr....

    ReplyDelete
  2. k Saadah, terima kasih...masih berusaha memperbaiki kelemahan diri...enshaAllah sama2 buat apa yg mampu ^__^

    ReplyDelete
  3. kauthar..
    selamat study rajin2.
    moga selamat semua. ensyaalah

    ReplyDelete