Thursday, September 9, 2010

indicator





Bismillah


Manusia,

seringkali dilalaikan dengan hiburan semata

atau mungkin kekayaan yang melanda

ada orang, yang berlagak dengan harta wang pangkat yang dimiliki

ada pula, yang berbangga dengan ilmu yang diperolehi

tapi sampai bilakah kesemua ini ingin dirasai ?

adakah kesedaran nilai kehidupan itu hanya datang setelah berada di hadapn Ilahi ?

ada manusia, yang jauh dr landasan dan tujuan hidupnya di dunia sementara ini

ada orang yang faham dan bergerak menjalankan tugas dia berada di alam ini, alhamdulillah

ada pula yang tahu, mungkin pernah diberi pencerahan, tapi malangnya mungkin belum tiba masanya untuk bergerak , hidayah memang benar milik Dia

kakakku sering mengingatkan aku apakah sebab aku berdiri sekarang,

diberikan Dia roh dan jasad,

sudah pasti untuk menjalankan misi yang dua


1 ) beribadah kepada Allah
"tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [51:56]

2 ) menjadi khalifah
"...aku hendak mejadikan khalifah di muka bumi..."[2:30]



seringkali aku bertanya,

bagaimana bisa hati ini sentiasa tenteram dan tenang

bagaimana mungkin untuk merasa cukup dengan segala yang ada

apakah petunjuk bahawa Dia menyayangi aku dan teman2 ku

agar dengan kasih sayang itu, mampu lah aku berasa damai...


alhamdulillah akhirnya aku diketemukan dengan jawapannya,

yang pada aku, boleh menjadi indikator ku dalam pelbagai aspek dan urusan


kata kakak ku,

tanda Allah sayang akan kita, diberikan Dia pada kita kefahaman agama, bukanlah kefaham pada ilmu agama itu, bukanlah dengan wang yang banyak, masa yang banyak, rumah yang besar, adik-beradik comel2 yang ramai, suami isteri yang cantik tertarik, kejayaan dalam setiap peperiksaan dan sebagainya. bukanlah itu semua yg menandakan Allah sayang pada kita, tp kefahaman agama yang menjadi ukurannya...


عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من يرد الله خيرا يفقهه في الدين ))
صحيح البخاري ومسلم


maksud matan hadith : sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, diberikan dia kefahaman agama..



see, nabi sendiri telah berkata begitu...jika rupa fizikal yg menjadi penanda aras kasih sayang Allah pada kita, zalim lah Allah...habis kalau orang tu banyak penyakit ? adakah Allah x sayang pd dia ? kalau orang itu lampi, lembap ? adakah Allah tidak sayang pada dia...? dan pastinya itu semua bukanlah indikator kasih sayang Dia pada kita...



beberapa min saja lagi sebelum Ramadhan tahun ini berlalu meninggalkan kita,

marilah kita sama2 panjatkan doa,


اللهم فقهنا في الدين وعلمنا التأويل وجعلنا من عبادك الصالحين

"ya Allah Kau kurniakanlah kepada kami kefahaman agama dan Kau ajarkanlah kepada kami ilmu takwil dan jadikanlah kami di kalangan hamba2Mu yang soleh

enshaAllah, ameen...



Allah wa Rasul A'lam



p/s : sedihnya ramadhan sudah makin hampir detik pemergiannya. semoga dipertemukan lagi pada tahun akan datang enshaAllah...








No comments:

Post a Comment