Friday, September 3, 2010

life partner


Bismillah...

semakin banyak aku melangkah dari satu profile ke satu profile,
semakin aku rasa tidak keruan,
apakah ?
ke manakah hilangnya selendang malu yang sepatutnya membaluti seketul daging dalam jasadmu itu.
rasa terkilan dan malu bertunas pantas dalam diri...

mengapa begitu...

mengapa kau sanggup meluahkan bait2 bicara yang selayaknya didengari imam halal bagimu sahaja?
mengapa kau sanggup meperlihatkan mutiara mahal yang hanya milik pasanganmu hingga ke syurga itu?
bagaimana sanggup dikau bertindak umpama si dia lah kehidupan mu, temanmu dalam dan luar, umpama dia lah teman yang selayaknya bagimu sedangkan hak kepada mereka yang sejantina denganmu masih belum tertunai..

na3uzubillah ya rabb
ampunkan kami ya Allah...

katamu, kau sayang akan dia,
"semoga berkekalan sehingga ke syurga,
kalau berpisah juga, aku redha sebab setiap yang Dia tetapkan pasti ada hikmahnya"

bagaimana bisa kau bicara sebegitu,
sedangkan tindakan mu tidak menunjukkan kau redha dgn ketetapan Dia,
sedari awal kau sudah mengambil tindakan sendiri tanpa izin Dia..

tidakkah kau sedar, andai kau sayang akan dia, bukan itu caranya...
mahukah kau lihat zuriat penyambung generasi ummah ini rosak,
bagaimana mungkin pokok yang dijangkiti virus mengeluarkan buah-buahan yang segar sihat,
melainkan ia telah dirawat terlebih dahulu...

jika kau sayangkan dia,
jaga lah dirimu nescaya dia juga akan menjaga dirinya,
usah bimbang akan dia andai engkau memelihara kemaluanmu,
kerna dia juga pasti diberikan pakaian malu itu oleh Dia yang mencipa kalian..



Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.

[ http://wanitajimceria.blogspot.com/2005/06/lelaki-yang-baik-untuk-wanita-yang.html ]


sekadar berkongsi rasa hati,
kerna pintu meinsafan itu sentiasa terbuka..
bagaimana kau lihat temanmu,
atau paling jelas adik-beradik dan ibu bapa mu mampu memaafkan segala kesalahanmu,
Dia lebih3 lagi...
Dia yang lebih mengetahui kita [50:16],
Dia yang HENDAK menggerakkan hati2 mereka memaafkan kita,
sudah pasti Dia lebih3 pemaaf...

bukan hak aku untuk menghukum atau mengherdik,
kerna aku juga manusia yang berbolak-balik hatinya seperti kamu..
semoga kita sama2 dalam jagaan-Nya,
berpimpin tangan menuju taman Dia yang abadi enshaAllah...
ameen...

maafkan aku teman,
byt khadijah khuwailid,
duwwar qubbah, irbid
jordan...







No comments:

Post a Comment