Diceritakan pula bahawa semasa Tawus Al-Yamani, (rahimahullah) di Makkah ada seorang wanita amat terpikat dengannya. Wanita tersebut sering menggodanya hingga pada suatu hari ia menurut Tawus sampai ke Masjidil Haram. Ketika itu orang sedang ramai di dalamnya. Tawus pun menoleh kepada wanita itu dan berkata: “Ayuhlah, sempurnakan hajat saudari.” Wanita tersebut pun menjawab: “Di tempat inikah?”... “Bukankah orang ramai melihat?” Tawus menjawab: “Malu dilihat oleh Allah kan lebih patut dan wajar!” Dengan kata- kata tersebut perempuan itu pun insaf dan bertaubat. Akhirnya ia menjadi orang baik. (Nuzhatu’n Nazirin).
***
Diceritakan lagi bahawa seorang lelaki menemui Ibrahim Bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim: “Hai bapa Ishaq (Ibrahim) . Saya ini sudah menzalimi diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menginsafkan diri ku dan menyelamatkan hati ku.”
Ibrahim Adham menjawab: “Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara (yang aku akan katakan) neacaya apa sahaja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudharatkan dirimu.
Lelaki tersebut pun berkata: "Apa dia? Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq". Ibrahim menerangkan: “Pertama: Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah ‘Azza Wajalla maka janganlah engkau makan rezekinya!". Lelaki itu meningkah dan berkata: “Dan sumber mana lagi aku hendak makan; sedangkan segala yang ada di dunia ini ialah rezki kurniaNya”. Ibrahim Adham mencelah: “Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaanNya, kemudian engkau menderhaka kepadaNya! “Tentu tidàk,” jawabnya.
“Baiklah yang kedua?” Ibrahim menerangkan lagi: “Bila engkau hendak menderhaka kepada Allah maka janganlah engkau menginap di mana-mana pun di atas duniaNya". Lelaki itu pun berkata: “Ini lebih hebat lagi dari yang pertama”. Kalau Timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah maka di mana pula aku akan tinggal?” Ibrahim mencelah: “Hai pulan, adakah patut engkau makan rezeki Allah, tinggal di bumiNya kemudian engkau derhaka kepadaNya?” “Tidak,” jawabnya.
“Baiklah yang ketiga apa?” Ibrahim menerangkan lagi: “Kalau engkau mahu juga menderhaka sedangkan engkau makan rezeki Allah dan tinggal di bumiNya maka carilah tempat yang kira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintahNya. Kalau sudah engkau temui, nah engkau lakukanlah maksiat tersebut.” Lelaki itu pun berkata: “Hai Ibrahim! Bagaimana aku dapat berbuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?!” Ibrahim menjawab: “Hai pulan adakah patut engkau makan rezekiNya, tinggal di bumiNya, menderhaka kepadaNya, walhal Ia
mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engkau lakukan secara terang- terang?” “Tidak” jawabnya,
“Yang keempat apa dia?” tanya lelaki itu lagi. Jawab Ibrahim. “Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya: “Berikanlah aku tempoh untuk bertaubat Nasuhah dan untuk beramal saleh kerana Allah.". “Takkanlah dia mahu menurut permintaanku,” jawab lelaki itu. “Hai pulan” kata Ibrahim: “Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut; untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak akan diberi tempoh maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan maksiat mu)?”
Lelaki itu bertanya lagi: “Yang kelima?” Ibrahim menerangkan: “Apabila datang Malaikat Zabaniah pada hari kiamat hendak membawamu masuk neraka maka jangan lah engkau mahu pergi bersamanya!” “Sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku, atau menerima permintaan ku,” sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim: “Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?” Lelaki itu pun berkata. “Wahai Ibrahim cukuplah, cukuplah!” Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadaNya. Lelaki tersebutpun akhirnya ikut beribadah bersama Ibrahim Adham hinggalah mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing.
(Dari kitab Tawwabin)
***
Berjihad melawan nafsu مجاهدة النفس
Yahya bin Mu’az berpesan: “Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani).”
Latihan riadah ini ada empat macam:
1. Sedikit makan.
2. Sedikit tidur.
3. Bercakap sekadar perlu.
4. Sabar menanggung gangguan orang lain.
— Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat.
— Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih.
— Apabila kurang bercakap badan selamat.
— Dan dengan bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.”
Para da’ei wajib sentiasa berjihad melawan nafsu sendiri. Ia harus menguasai dirinya supaya tidak berlebihan dalam makan, minum, pakaian, dalam bercakap dan memuaskan kehendak nafsu.
المجاهد من جاهد نفسه في طاعة االله عزوجل
“Orang yang mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsu dan menundukkannya supaya patuh kepada Allah Subhanahu Wata’ala.”
(Ditakhrijkan oleh Al-Tarmizi)
Pada suatu ketika bila ditanya dengan soalan: “Bagaimana menyempurnakan warak ?“ Ibrahim bin Adham menjawab: “Iaitu dengan menganggap makhluk yang lain setaraf dengan diri sendiri. Sibuk dengan dosa sendiri dan asyik memikirkan dosa orang lain. Anda hendaklah memikirkan dosa anda sendiri, menyegerakan taubat kepadaNya di samping menghapuskan
rasa tamak kecuali untuk mendapat kerelaan Allah.”
Sumber : Bab 5, Rintangan perjungan dalam kehidupan pendakwah.
No comments:
Post a Comment