Saturday, April 13, 2013

Jalan ini


Bismillah





Jalan ini jalan juang para nabi dan rasulNya. jalan yang panjang.. lambat.. susah.. dan tidak memberikan kesenangan serta kemegahan di dunia ini. Jalan ini menuntut mujahadah yang tinggi. 

Namun, jalan ini lah yang banyak mengajar aku akan erti kehidupan sebenar, akan erti iman islam dan muslim sejati, juga telah banyak mengubah cara pandang aku terhadap sesuatu. Ia mendidik aku untuk melihat dunia ini dengan sudut pandang yang sangat berbeza dari dahulu. Sudut pandang yang indah, menarik, luas dan tidak terbatas. Menyedarkan aku bahawa kehidupan ini sangaaaat luas dan mashaallah hebat penciptaan serta keberadaannya, punya sebab dan hala tuju. Punya matlamat dan cara. Punya tempat berpaut dan bersandar. 

Jalan ini mengajar aku bagaimana untuk berinteraksi dengan Tuhanku yang agung, dengan pohon-pohon sekeliling, dengan langit cantik yang memayungi diri, dengan tanah-tanah hamparan setiap langkahku, dengan ahli rumah, teman dan taulan, juga seluruh makhlukNya yang lain. Jalan yang menjadikan aku seperti hari ini, insha Allah semakin islah dan lebih baik pada hari kemudian. Jalan ini, jalan yang menjanjikan redha dan syurgaNya buat kita[9:100]. Yakinlah wahai saudaraku :).

Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Berkuasa Maha Bijaksana. 
Izinkanlah kami untuk terus ikhlas, ihsan, tsabat dan istiqomah all out atas jalan ini, sehingga kami kembali bertemu denganMu ya Allah. Insha Allah. :)

No comments:

Post a Comment