Wednesday, April 3, 2013

Mentaliti atau pandangan



Bismillah..


apabila kita melihat org yg sudah tua, samada lebih tua mahupun yang sangat lanjut usia; kita punya 3 pengelihatan yang berbeza.

Kita mungkin melihat mereka dengan :


1) Mata kasar - pandangan kita terhadap mereka tiada makna, kosong, hilang rasa. ATAU

2) Mata nafsu - kita mungkin merasa tidak mahu menjadi tua seperti mereka. maka kitapun berusaha dgn segala produk yg ada. Melihat mereka membuatkan kita risau dengan masa depan yg kurang cantik, merasa tidak selesa dengan perubahan yang berlaku seiring dengan waktu, atau mungkin sehingga sanggup melakukan perkara haram semata2 nafsu ingin muda selama2nya? Ouch! ATAU

3) Mata iman - ia mampu membuatkan kita menangis. menghadirkan keinsafan bahawa hidup di dunia ini tidak kekal. kehidupan di sini fana semata, terasa seolah2 kita sebenarnya sendirian, lemah, longlai... kita tiada kudrat, melainkan hanya dengan rahmat kasih sayangNya shj yang membolehkan kita larat, mampu dan kuat melangkah ke hadapan. Kita tidak punya apa2 yang kekal pun sebenarnya.


Lalu apakah yg lebih utama di dunia ini; tidak lain tidak bukan hanya dengan menjadi hamba allah yg bertaqwa sahaja bisa menjamin kebahagian sebenar kita. Kebahagiaan di dunia dan akhirat :). Kerana kehidupan akhirat adalah yg kekal abadi. 

Dan semestinya, pandangan itu atas izinNya. Maka rapatilah Dia semoga dikurniakan pandangan yang terbaik. Biiznillah! :-)

Contoh :
Jika menjadi anak, jadilah anak yg soleh solehah dan mendoakan mereka. 
Sekiranya menjadi ibu bapa, jadilah ibu bapa yang memberi didikan yg baik buat anak2. Dan seterusnya.


Nabi saw yg maksum pun beristighfar ratusan kali. Bagaimana pula kita? 


#diolah dari bicara ukhti R. Thanks sis 4 d best reminder!! <3 font="">

No comments:

Post a Comment