Bismillah
Suatu hari nabi Yahya telah di datangi oleh iblis untuk memberi nasihat, namun nabi telah menolak hajat sang iblis melainkan satu perkara. beliau lantas meminta iblis menyatakan perihal anak adam. Menurut iblis, manusia tergolong kepada 3 :
Golongan pertama, ialah yang paling payah untuk kami tawan. Apabila
kami mula menggoda salah seorang dari mereka dan mereka termakan godaan
kami tiba-tiba ia mohon ampun dan bertaubat. Maka habislah usaha kami. Bila
kami ulangi diapun mengulangi taubat dan istighfar. Begitulah kami tidak
berputus asa akan tetapi tidak juga sampai hajat kami terhadapnya.
Golongan kedua, pula mereka ini di tangan kami ibarat bola yang menjadi permainan anak-anak kamu. Kami perlakukan apa sahaja menurut kehendak kami. Mereka sudah beres menjadi tawanan kami.
Golongan ketiga, ialah orang-orang seperti kamu, terpelihara dari dosa. Kami tidak berdaya berbuat apa-apa terhadap mereka.”
Dari riwayat ini jelas bahawa para da’ei Islam ialah orang-orang yang lebih kerap berhadapan dengan tipu daya dan perbuatan jahat syaitan dari yang dihadapi oleh orang lain.
Serangan iblis terhadap para da’ei kadangkala dalam bentuk sifat takabbur dan ghunun, merasa ujub dengan ilmu, dengan amalan agama, kesalihan dan sebagainya. Lantas dengan itu ia melihat dirinya sebagai orang yang lebih baik, lebih bijak berbicara dari makhluk Allah yang lain. Kalau sewaktu-waktu seorang da’ei itu berperasaan demikian maka ia hendaklah beristi’azah, berlindung diri dengan Allah dan serangan sikap ini.

Orang-orang yang kerap mengingati Allah baik lelaki mahu pun perempuan, orang-orang yang bertaubat kepada Allah dosa mereka — baik lelaki mahupun perempuan yang memohon keampunan Allah, merekalah orang-orang yang sukar dikalahkan oleh syaitan dan mampu melelahkan syaitan tersebut.
Adapun orang-orang yang lalai dari mengingati Allah, terus menerus berbuat maksiat, malas beribadat, yang asyik tidur dan menjadikan dunia sebagai cita-cita utamanya, mereka ini seperti alat mainan syaitan sahaja, diperlakukan menurut sesuka hatinya.
Sumber :
Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah,
Oleh Fathi Yakan.
No comments:
Post a Comment