Monday, April 22, 2013

Maqlubah


Bismillah


Alhamdulillah semalam berjaya menunaikan janji makan malam maqlubah kepada ahli rumah tercinta. Di sini saya ingin berkongsi resepi bagi yang berminat. :-)

Anggaran 8-10 orang makan. Antunna boleh ubah mengikut keperluan, cita rasa dan kehendak masing-masing. Nak hidang bersama air asam, sos cili atau cili kicap ke, silakan mengikut selera. ;-)


***

Bahan A :
Beras 5 pot
Ayam seekor( potong 6) 
Buah pelaga 6 biji
Sebiji bawang bersaiz sederhana( potong 2)
Serbuk maqlubah( 2/3 kotak)
Garam

Bahan B :
Bunga kobis sebiji
Terung 2 biji besar( fakta : terung malaysia saiz kecil, maka digalakkan untuk tambah lagi bil)
Kentang 1 biji besar


CARA-CARA :

1. Bersihkan ayam dan rebus bersama bawang dan buah pelaga. Setelah air hampir menggelegak, masukkan serbuk maqlubah dan garam secukup rasa bersesuaian digunakan untuk tanak nasi. Biasanya saya guna serbuk maqlubah dalam kotak kecil yang boleh ditemui dikebanyakan supermarket di sini. Rebus sehingga menggelegak - jangan lama sangat takut hancur.

2. Sementara menunggu ayam direbus, potong bahan-bahan B dan gaulkan dengan sedikit garam. Potongan biarlah besar supaya sayur-sayuran tidak mudah hancur. Kemudian goreng sehingga garing, gelap-gelap gitu. Wajib gelap tau, serius lebih sedap. Eceh.  ;-)

3. Banyakkan bersabar sebab menggoreng agak mengambil masa. Maka sediakanlah something untuk didengari. Dengar recording ke, atau kalau masak berteman, boleh lah berukhuwah masa ni! =]

4. Ok selepas selesai merebus ayam dan menggoreng sayur, tos semuanya. Kemudian goreng pula ayam sehingga garing.

5. Sapu dasar periuk dengan minyak zaitun atau sebarang minyak yang ada, kemudian susun secara berperingkat segala bahan yang telah digoreng ke dalam periuk besar. Mulakan dengan ayam di bahagian dasar, kemudian kentang, terung, bunga kobis dan beras di bahagian atas sekali. Ratakan beras. 

6. Akhir sekali, tuangkan air rebusan ayam( tanpa bawang dan biji pelaga) sehingga tenggelam kesemuanya lebih kurang seinci setengah dan masak seperti biasa di atas dapur. Setelah seberapa waktu, check masakan. Andai tidak masak sekata, kacau dan tutup semula supaya kelembapan nasi terjaga.


***




















Sahtain! :-)

Alhamdulillah I'm done!

1 comment:

  1. Potongan di atas agak kecil, kalau boleh potong semuanya lebih besar. Dan goreng lebih gelap. Masak utk ramai org dlm waktu yg terhad, kureng sikit rupanya hoho!

    ReplyDelete